Anthony Loke - Industri EV berpotensi besar berkembang pada masa depan

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Kerajaan akan memberi fokus kepada penyediaan ekosistem yang mencukupi dan lengkap bagi membantu memastikan pembangunan industri kenderaan elektrik (EV) di negara ini lancar serta berdaya maju.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata walaupun pasaran EV di Malaysia masih terhad berbanding di beberapa negara lain, industri itu berpotensi besar untuk berkembang pada masa depan.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

"Memang di Malaysia, kita baru bermula dan belum ada anjakan besar di mana pembelian EV ketika ini masih pada kadar rendah. Ini kerana ramai yang masih teragak-agak sama ada hendak membeli kenderaan EV atau kenderaan biasa (iPE). Mereka sedar akan berdepan pelbagai kekangan jika membeli EV, seperti dari segi stesen pengecasan dan harga jualan.

"Bagaimanapun, satu persatu isu itu sedang ditangani kerajaan dengan membantu pihak swasta mempermudah dan memperbanyakkan lagi stesen berkenaan, selain menyediakan garis panduan jelas daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

"Ini memang suatu isu yang besar, justeru kerajaan memberi tumpuan memastikan ekosistem EV adalah lengkap," katanya kepada media selepas merasmikan Program ESG Kumpulan Careplus Sempena Pemasyhuran Careplus Mall dan Kilang Pemasangan di Chembong, di Rembau pada Isnin.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Teo Kok Seong, dan Ketua Pegawai Eksekutif Careplus Group Berhad, Lim Kwee Fook.

Mengulas lanjut, Loke berkata, galakan untuk syarikat kenderaan tempatan terbabit dalam sektor EV bukan saja dalam soal penyediaan pusat pengecasan yang mencukupi tetapi juga tenaga mahir dalam bidang automatif berkenaan.

"Ketika ini, stesen minyak sedang dalam proses transformasi apabila bertindak sebagai pusat pengecasan. Kita juga memerlukan tenaga mahir dalam bidang automatif ini. Selain pemasangan, perlu juga ada pakar dalam memperbaiki EV khususnya berkaitan bateri, mekanikal dan sebagainya, termasuk aktiviti pelupusan bateri.

"Semua ini memerlukan perancangan lebih rapi," katanya yang berkeyakinan EV mempunyai potensi pasaran yang besar pada masa depan di negara ini.

Sementara itu, Loke berkata, kerajaan akan mengeluarkan dasar lebih jelas berkaitan penggunaan trak, dalam usaha memberi galakan kepada pihak swasta terutama syarikat logistik serta pengangkutan untuk melabur dalam trak baharu.

Menurut beliau, pihaknya akan melakukan kajian terperinci bagi melaksanakan perancangan itu, sebelum mengeluarkan dasar yang jelas dalam masa terdekat.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
Anthony berkata untuk fasa pertama ia hanya memberi peringatan walau bagaimana pun tiada masa yang…
Berita Domestik
"Orang ramai tidak perlu ada kebimbangan bahawa selepas 10 Oktober ini tidak boleh pakai MyJPJ. Itu…
Berita Domestik
"Kabinet telah pun memutuskan untuk inisiatif program FLYsiswa iaitu bantuan penerbangan kepada…