Anthony Loke - ‘Kalau lesen memandu siap tiga hari, itu penipu’

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kementerian Pengangkutan me­ng­ingatkan orang ramai agar lebih berwaspada dengan kewujudan sindiket penipuan yang menawarkan lesen terbang palsu di media sosial.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, ia merupakan antara taktik baharu digunakan sindiket penipuan bagi memperdaya mangsa menyerahkan wang sehingga menyebabkan kerugian ribuan ringgit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau menegaskan, tiada jalan singkat untuk memperoleh lesen memandu kecuali mengikut saluran ditetapkan di sekolah memandu bertauliah.

“Kalau mana-mana pihak kata mereka boleh beri lesen (memandu) dengan cara mudah tanpa perlu pergi ke kelas dan menjalani ujian memandu, ia adalah skim penipuan.

“Sekarang memang banyak penipuan, mereka hendak tipu duit mangsa tetapi lesen (memandu) tidak dapat,” katanya kepada Kosmo! di Kampung Cina di Terengganu pada Khamis. Anthony mengulas laporan Kosmo! tentang kewujudan sindiket lesen terbang palsu yang semakin aktif di media sosial sejak akhir-akhir ini.

Beliau menegaskan, tiada jalan singkat untuk memperoleh lesen memandu kecuali mengikut saluran ditetapkan di sekolah memandu bertauliah.

“Kalau mana-mana pihak kata mereka boleh beri lesen (memandu) dengan cara mudah tanpa perlu pergi ke kelas dan menjalani ujian memandu, ia adalah skim penipuan.

“Sekarang memang banyak penipuan, mereka hendak tipu duit mangsa tetapi lesen (memandu) tidak dapat,” katanya lagi. 

Modus operandi sindiket tersebut ialah meletakkan gambar individu berpakaian sera­gam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada profil akaun media sosial bagi memperdaya mangsa.

Sindiket itu biasanya akan mendiamkan diri dan berhenti berhubungan dengan mangsa sebaik wang pendahuluan dise­rahkan tanpa menyerahkan dokumen dijanjikan.

Sehubungan itu, Anthony ­berharap orang ramai tidak mudah mempercayai pakej ­menawarkan lesen terbang dalam tempoh seawal tiga hari yang jelas tidak logik.

Tambah beliau, kementeriannya akan terus mengingatkan orang ramai tentang ancaman penipuan tersebut bagi mengelakkan lebih ramai lagi terperangkap.

“Kalau sindiket itu beri ­lesen terbang pun itu bukanlah yang sah. Ia bukan sahaja boleh dikenakan tindakan undang-undang tetapi boleh mengundang implikasi buruk sekiranya berlaku sesuatu di jalan raya kelak,” katanya.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Suspek mulanya dilihat menunggang sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan…
Berita Domestik
"(Ia) termasuk memaparkan gambar lesen memandu JPJ bagi menarik dan memikat orang ramai mendapatkan…
Berita Domestik
Sumber berkata, semua suspek dipercayai melakukan perbuatan itu pada tahun 2021 dan 2022 serta…