Anthony Loke - Kerajaan bersetuju beri subsidi tiket penerbangan ke Sabah, S'wak, Labuan pada musim perayaan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kerajaan bersetuju memberi subsidi pembelian tiket penerbangan kelas ekonomi melebihi RM599 untuk perjalanan sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan selama tiga hari sebelum Krismas.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata inisiatif itu akan berkuat kuasa pada 12.01 pagi (16 Dis) untuk penerbangan 22 hingga 24 Dis.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau berkata subsidi yang sama akan diteruskan tahun depan untuk Tahun Baharu Cina, Aidilfitri, perayaan Kaamatan, Hari Gawai dan Krismas, dengan tiket tersedia untuk pembelian bermula 12.01 pagi pada 1 Jan 2024.

“Bagaimanapun, subsidi itu tidak termasuk cukai dan yuran,” katanya pada sidang media di Putrajaya pada Jumaat. 

Loke berkata, subsidi itu diluluskan sebulat suara oleh Kabinet pada 13 Dis berikutan aduan mengenai harga tiket penerbangan yang tinggi sebelum musim Krismas, terutama bagi rakyat Sabah, Sarawak dan Labuan yang tinggal, bekerja dan belajar di semenanjung.

Bagi tiket penerbangan kelas ekonomi yang melebihi RM599, Loke berkata kerajaan akan membayar perbezaan harga antara harga asal tiket penerbangan dan harga maksimum.

Sebagai contoh, jika harga tiket penerbangan kelas ekonomi ialah RM1,500 sehala dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu pada 23 Dis, pembeli akan membayar RM599 dan kerajaan menanggung RM901.

Loke berkata Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) bertanggungjawab ke atas urusan kesetiausahaan dan pembayaran di bawah inisiatif subsidi.

Tanpa mendedahkan implikasi kewangan sebenar, Loke berkata kerajaan akan menyediakan jutaan ringgit bagi setiap musim perayaan dan orang ramai boleh membeli tiket penerbangan melalui laman web syarikat penerbangan domestik seperti AirAsia, Firefly, Malaysia Airlines Bhd dan Batik Air.

Sementara itu, Loke berkata Mavcom telah memudahkan 114 penerbangan tambahan antara Semenanjung dan Sabah, Sarawak dan Labuan.

Beliau berkata strategi itu memberi impak positif kerana tambang dari Kuala Lumpur ke destinasi utama di Sabah dan Sarawak menurun antara lima dan 33 peratus sejak pagi Jumaat berbanding minggu lepas.

- terima kasih kerajaan -

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Perkhidmatan komuter sudah ada di Kuala Lumpur dan utara, di selatan belum ada. Kita ada ETS (…
Informasi
  "Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah meluluskan sebanyak 218 bas tambahan setakat 29 Mac…
Berita Domestik
"Projek ECRL telah memasuki fasa baharu pembinaan sejak 2023, dengan kerja-kerja infrastruktur juga…