Anthony Loke - MRT2 mula beroperasi 16 Mac ini

oleh Penyumbang Rencana|
gambar Astro Awani
Transit Aliran Massa Laluan Putrajaya Fasa Dua (MRT2) akan mula beroperasi pada 16 Mac ini, demikian diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.


Beliau berkata perkara itu diputuskan selepas mesyuarat pascaKabinet bersama MRT Corp, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), pada Sabtu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, taklimat mengenai ujian percubaan operasi MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 menunjukkan perkembangan positif dan kementerian berpuas hati dengan semua ujian yang telah dijalankan.

 

"Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan merasmikan perkhidmatan itu yang bermula jam 3 petang," katanya ketika ditemui pemberita di Wisma Bernama.

 

Selain itu, beliau juga yakin bahawa inisiatif kerajaan itu mampu menarik lebih ramai rakyat untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam itu.

 

Berhubung pemberhentian Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atas faktor keselamatan, kelmarin, Loke memohon maaf kepada penumpang yang terjejas dalam insiden berkenaan.

 

"Ini adalah sesuatu yang amat dikesali dan saya memohon maaf kepada kesemua penumpang yang terjejas. Sememangnya kita sudah ada program naik taraf aerotrain itu seperti yang telah diputuskan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB)," katanya.

 

Sebelum itu, MAHB memaklumkan perkhidmatan aerotrain dihentikan sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penggantian tren selepas perkhidmatan itu mengalami kerosakan sehingga menyebabkan penumpang terpaksa berjalan kaki menuju ke bangunan utama.

 

 

Astro Awani