Anthony Loke - Pelaksanaan lesen B2 kepada B akan diumum

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Pengumuman mengenai pelaksanaan menaik taraf lesen motosikal bagi kelas B2 kepada B penuh secara automatik akan diumumkan dalam masa terdekat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kerajaan telah mempunyai keputusan berhubung cadangan tersebut.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

“Nanti saya akan umumkan, sudah ada keputusan (B2 kepada B penuh). Tetapi saya akan umumkan hari kemudian bukan hari ini,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau stesen projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Pasar Jawa, di Shah Alam pada Isnin.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid dilaporkan memaklumkan penaiktarafan lesen memandu motosikal kelas B2 kepada B secara automatik akan dibawa kepada Kementerian Pengangkutan untuk diteliti terlebih dahulu.

Ahmad Zahid menyatakan tiada masalah berhubung cadangan itu kerana penunggang motosikal yang mempunyai lesen Kelas B2 memang memiliki pengalaman menunggang kenderaan berkenaan.

Justeru, antara mekanisme yang dipertimbangkan adalah tempoh masa memiliki lesen B2 dan had umur yang dibenarkan untuk berbuat demikian.

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, kerajaan komited memastikan majoriti jawatan dalam…
Berita Domestik
TQ WULING Rasmi Dilancarkan di Malaysia – Usaha Sama Strategik Tan Chong & SGM Wuling Tan…
Berita Domestik
Katanya, langkah itu diambil untuk mewujudkan zon sekolah yang selamat kerana ia mempunyai sejarah…