Anthony Loke - Permohonan operasi bas tambahan Aidilfitri masih dibuka

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Permohonan lesen perubahan sementara (LPS) bagi pengoperasian bas sementara sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri masih dibuka.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, berdasarkan data dikumpul Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), wujud pertambahan permohonan LPS ketika ini.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan permohonan LPS akan bertambah beberapa hari sebelum Hari Raya.

“Walaupun sudah ada penambahan LPS ketika ini, namun saya yakin belum cukup mampu menampung keperluan sedia ada.

“Kementerian terbuka untuk mana-mana syarikat operasi pengangkutan untuk memohon LPS jika mereka ada kapasiti untuk beroperasi,” katanya pada sidang akhbar pada Isnin.

Katanya, jumlah penambahan LPS sedang dikumpulkan dan akan diumumkan sehari dua lagi.

Media sebelum ini melaporkan tiket bas ekspres untuk pulang beraya bagi laluan ke utara dan timur tanah air kebanyakannya sudah habis dijual.

Difahamkan, tiket bas untuk pulang beraya sudah habis sejak pertengahan Mac lalu.

Utusan