Ia juga selaras dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan persekitaran yang sihat dan mengamalkan persaingan secara profesional.
"Mesej yang ingin kita sampaikan kepada rakyat ialah pilihan di tangan pemandu dan pengguna, anda bebas untuk memilih EHO yang membekalkan perkhidmatan yang anda rasa paling baik.
Dengan persekitaran persaingan yang sihat, monopoli oleh sesetengah pihak boleh dicegah," ujar Anthony di dalam posting pada Facebook beliau.
MyCar ialah satu-satunya pesaing aktif kepada Grab yang turut menawarkan perkhidmatan seru pandu.
Mungkin anda juga boleh memuat-turun aplikasi MyCar untuk anda bandingkan harga tambang dan mutu perkhidmatan.