"MOT prihatin terhadap maklum balas daripada warganegara Malaysia yang bekerja di Singapura berkenaan pelaksanaan BUDI95 khususnya mereka yang terlibat dalam sektor perkhidmatan seperti pemandu bas dan pekerja operasi,” katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
Beliau berkata, laman sesawang berkenaan boleh diakses di https://www.BUDI95lesenSG.jpj.gov.my manakala status kelayakan boleh disemak selepas 14 hari melalui portal rasmi https://www.budi95.gov.my.
Anthony berkata, semua permohonan akan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk penelitian dan pertimbangan kelayakan berdasarkan syarat iaitu pemohon merupakan warganegara Malaysia, memiliki LMS yang masih sah dan mempunyai status permit pekerjaan di Singapura.
Beliau juga berkata, subsidi BUDI95 kekal hanya untuk kenderaan yang didaftarkan di Malaysia manakala rakyat Malaysia yang tidak lagi bekerja di republik itu boleh memohon semula Lesen Memandu Malaysia setelah membatalkan lesen Singapura mereka mengikut prosedur sedia ada.
"Jabatan ini berharap langkah ini dapat membantu memudahkan urusan warganegara Malaysia yang bekerja di Singapura agar turut mendapat pertimbangan sewajarnya dalam pelaksanaan program subsidi bahan api negara,” katanya.