Anthony Loke - Terminal 3 KLIA hanya dibina jika kapasiti penumpang penuh

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Pembinaan Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hanya akan dipertimbangkan sekiranya Terminal 2 telah mencapai kapasiti kapasiti maksimum pengendalian penumpang, kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.

Beliau berkata rancangan pembinaan terminal baharu itu adalah pembangunan jangka panjang, namun pada masa Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) turut merancang pembesaran Terminal 1 dan 2.

“Buat masa ini, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sedang meneliti keperluan pembangunan fasa pertama bagi projek pembesaran di kawasan Terminal 1 KLIA.

“Cadangan pembesaran ini meliputi keperluan menampung peningkatan trafik bagi sektor penumpang, kargo dan juga pesawat selaras dengan pelan perniagaan syarikat-syarikat penerbangan negara,” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen pada Khamis.

Loke berkata pembanguna jangka panjang di KLIA akan meningkatkan kapasiti 30 juta penumpang setahun (mppa) kepada 59 mppa di Terminal 1 manakala 45 mppa kepada 67 mppa di Terminal 2.

 

Berita Harian