Anthony Loke turun padang menyamar sebagai pengguna KTM Komuter

oleh Penyumbang Rencana|
Menteri Pengangkutan Anthony Loke turun padang sekali lagi, kali ini beliau menggunakan perkhidmatan KTM Komuter.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam satu hantaran di Facebook, beliau menjelaskan pihak Kementerian Pengangkutan (MOT) akan bertemu dengan pihak pengurusan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dalam masa terdekat untuk membincangkan penambahbaikan serta kekerapan perkhidmatan komuter. 

Beliau memahami bahawa KTMB menghadapi pelbagai kekangan operasi disebabkan projek menaiktaraf landasan Landasan Berkembar Lembah Kelang 1 (KVDT1) yang masih belum siap dan KVDT2 yang tergendala.

 


Beliau berkata, pihaknya juga akan berjumpa dengan pihak pengurusan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk membincangkan kesiapsiagaan menguruskan jumlah penumpang yang ramai pada hujung minggu dan musim perayaan.

“Petang tadi, saya meninjau perkhidmatan KTM Komuter dan keadaan di TBS. Saya mengambil tren Komuter dari KL Sentral ke stesen Bandar Tasik Selatan bersama dua pembantu saya.

“Saya menerima banyak maklum balas dari media sosial berkenaan perkhidmatan Komuter dan masalah mencetak Pas Masuk Bas di TBS,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Sumber: Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Untuk ke arah itu (misi pencarian pesawat MH370), kerajaan perlu membuat beberapa langkah…
Informasi
Ia hanya untuk fasa pertama iaitu bagi tempoh tiga tahun pertama, bagi jangka sederhana, terminal…
Berita Domestik
"Perkhidmatan komuter sudah ada di Kuala Lumpur dan utara, di selatan belum ada. Kita ada ETS (…