Antonov sah bangunkan pesawat kedua An-225 Mriya

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: The Kyiv Independent
Syarikat pengeluar pesawat Ukraine, Antonov Company mengesahkan pihaknya sedang berusaha membangunkan pesawat kargo terbesar di dunia An-225 Mriya yang kedua.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam satu hantaran di laman Facebook, syarikat itu menjelaskan kerja-kerja rekaan sudah pun dimulakan.

“Menurut jangkaan pakar, terdapat 30 peratus komponen yang boleh digunakan untuk pembinaan model kedua ini.

“Kos pembinaan dijangka sekurang-kurangnya 500 juta euro (RM2.36 bilion).

Kenyataan tersebut dibuat selepas Pengarah Besar Antonov, Eugene Gavrilov memberitahu akhbar Jerman Bild “kerja-kerja pembinaan pesawat baharu sedang dijalankan di lokasi rahsia, dan beberapa komponen daripada bangkai pesawat asal boleh digunakan semula”.

 

sumber: Metropol TV


An-225 Mriya (bermaksud impian dalam Bahasa Ukraine) dibangunkan sebagai sebahagian daripada program angkasa lepas Soviet bagi mengangkut pesawat ulang-alik Buran serta komponen roket yang besar.

Ia terbang buat pertama kali pada tahun 1988, dan terima kasih kepada enam enjin turbofan Progress D-18T yang dimuatkan, An-225 Mriya ini mampu membawa muatan sehingga 640 tan, menjadikan pesawat kargo paling besar dan paling berkuasa di dunia.

Unit pertama An-225 ini disimpan di Lapangan Terbang Hostomel ketika serangan Rusia ke atas Ukraine berlaku.

Disebabkan kerja-kerja pembaikan yang sedang dijalankan, pesawat ini tidak mampu untuk berlepas keluar dari lokasi tersebut walaupun arahan pemindahan telah diberikan.

Pada hari pertama serangan Rusia dibuat, pesawat ini dilaporkan rosak teruk.

Sumber: Aerotime