Anwar tolak guna Mercedes-Benz S 600 sebagai kenderaan rasmi PM

oleh Mohamad Hanif|
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan menolak untuk menggunakan sebuah kenderaan jenis Mercedes-Benz S 600 yang disediakan untuk kegunaan rasmi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam hantaran di laman mikroblog Twitter, beliau menjelaskan kenderaan itu telah dibeli dan diperoleh oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum beliau memasuki Pejabat Perdana Menteri.

“Langkah tersebut diambil kerana saya tidak mahukan sebarang perbelanjaan baru dibuat ke atas saya.

“Sebaliknya, saya telah membuat keputusan untuk menggunakan apa saja kenderaan sedia ada di pejabat untuk kegunaan harian,” katanya lagi.