Apa sebenarnya tugas Jurutera Bendalir Trek Petronas dan kenapa Ahmad Nasri terpilih?

oleh SALINA JALIL|
Ahmad Nasri Mohd Shafie, bukan lah nama seorang selebriti. Beliau tidak seglamour seorang pelakon dan tidak mempunyai lagu yang berkumandang di radio-radio.

Namun begitu, ada sesuatu yang istimewa mengenai beliau yang kami mahu berkongsi bersama dengan pembaca Careta.

Nasri membuktikan di mana ada kemahuan, segala apa pun oleh dikecapi dan ini ialah cerita beliau.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Apabila pihak Careta menerima jemputan dari Petronas Lubricants International (PLI) untuk pencarian seorang calon sebagai Jurutera Bendalir Trek baru-baru ini, kami seakan pelik tentang jawatan ini. Apa sebenarnya jawatan Jurutera Bendalir Trek ini dan apakah fungsinya? 

 

Semasa sesi temuramah bersama Ahmad Nasri, kami telah kemukakan persoalan ini dan beliau telah menerangkan dalam lingo yang mudah difahami untuk kebanyakan orang Malaysia.
 

 

Tugas Jurutera Bendalir Trek ini sebenarnya adalah menguji dan memastikan bahawa setiap kali sebelum, semasa dan selepas setiap perlumbaan minyak pelincir dan bahan api berada di tahap yang optima bagi memastikan tiada pencemaran pada bahan api dan minyak pelincir perlu bersih untuk memastikan tiada geseran pada bahagian enjin dan memberi kuasa yang mantap semasa pemanduan. Pengujian sentiasa dilakukan beratus kali sebelum dan selepas sesi perlumbaan. 

 

Dan yang menariknya adalah setiap pengujian dilakukan di atas trek F1! 

 

Persediaan akan bermula kebiasaan pada hari Selasa sehingga tamat di setiap lokasi trek F1. Sebuah makmal bergerak kecil yang lengkap dengan pelbagai kemudahan teknologi terkini disediakan bertujuan menganalisa setiap komponen untuk mencapai keputusan yang membanggakan apabila beraksi di litar perlumbaan. 

 

Kerana itu jawatan ini diberi nama Jurutera Bendalir Trek dan mereka perlu bergerak bersama pasukan Mercedes-AMG Petronas untuk ke lokasi yang seterusnya sehingga tamat musim F1. 
 

 

Petugas di makmal bergerak ini adalah seramai dua orang sahaja dan ini adalah tahun pertama di mana anak Malaysia berjaya menjawat jawatan tersebut. Sebelum ini tugas Jurutera ini pernah digalas oleh Jurutera dari pelbagai bangsa dan warganegara seperti Venezuela, Italy, Britain dan lain-lain.


Kenapa kami kagum akan beliau adalah kerana beliau satu-satunya anak Malaysia yang pertama yang telah berjaya menjawat jawatan Trackside Fluid Engineer atau dalam Bahasa Malaysia Jurutera Bendalir Trek. Tugas ini amat berat dan mendebarkan kerana tugas ini memerlukan daya fokus yang kental dan jiwa yang tegas untuk memastikan pasukan F1, Mercedes-AMG Petronas berada dalam keadaan baik dan berdaya saing.
 

 

Dilahirkan pada di Pulau Pinang dan mendapat didikan awal di Sekolah Kebangsaan Dato Kramat, Pulau Pinang sebelum meneruskan persekolahan menengah di Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin. 

 

Ahmad Nasri mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan terpilih untuk mendapat tajaan Petronas bagi melanjutkan pelajaran di University of Queensland dan seterusnya beliau menerima Sarjana Kejuruteraan Kelas 1 dalam dua bidang, Kejuruteraan dan Aeroangkasa. 

 

AN 3

 

 

Pada tahun 2010, Ahmad Nasri mula bertugas di Petronas sebagai Piping Engineer dan setelah berkhidmat selama lapan tahun dengan pelbagai jawatan, beliau terpilih untuk menjawat jawatan Jurutera Bendalir Trek pada bulan Februari 2018 pada usia 31 tahun.

 

Ditanya tentang cita-cita sejak kecil,beliau berkata bidang yang diminati cuma satu sahaja pada awalnya, iaitu bidang Aeroangkasa tetapi semasa berusia 16 tahun apabila beliau terpilih di bawah tajaan Petronas untuk menyaksikan sendiri perlumbaan F1 di litar Sepang pada tahun 2003.

 

Dari situ bermula minat beliau terhadap sukan permotoran F1 dan beliau mula mendalami ilmu tentang cabaran di litar dan membelajari teknologi-teknologi yang terbaharu untuk memberi impak yang lebih baik kepada kenderaan F1 dan setelah bertugas selama lapan tahun di Petronas, peluang yang dinantikan terbuka apabila beliau diberikan tugas yang diidamkan selama ini.
 

 

Cabaran yang paling berat tentang tugas beliau adalah menghadapi tekanan sewaktu perlumbaan sedang berlangsung. Setiap saat dan detik memerlukan fokus sepenuhnya serta bersiap sedia untuk bertindak pada bila-bila waktu sahaja. 

 

Cabaran kedua adalah berpisah dengan isteri, Noazreen Suhir dan anak-anak beliau seramai tiga orang. Namun demi mengalas cita-cita serta menimba ilmu pengalaman beliau terus merebut peluang keemasan ini. 

 

Dan cabaran terakhir adalah bergerak dari satu lokasi ke lokasi baharu setiap minggu yang merangkumi beribu-ribu kilometer.

 

Sebelum mengakhiri perbualan, kami tanyakan tentang saat yang paling manis sejak menggalas tugas ini, dengan senyuman meleret beliau nyatakan perlumbaan F1 di Azerbaijan di mana pasukan Mercedes-AMG Petronas mengecapi kemenangan pertama dan secara tidak langsung litar Azerbaijan menjadi litar yang paling diminati. 

 

Ahmad Nasri juga berkata beliau rasa bertuah kerana setiap kali perlumbaan tidak kira di mana atau kemenangan dicapai atau tidak, pihak pengurusan pasukan F1 Mercedes-AMG Petronas termasuk pemandu F1 Lewis Hamilton dan Valtteri Bottas tetap mengucapkan ribuan terima kasih kepada setiap tenaga kerja yang berkhidmat dan ini mendorong semangat untuk bekerja keras di litar seterusnya.

 

 

AN2

 

 

Bekerja sebagai sebuah pasukan (team work) sangat di titikberat oleh pasukan Petronas ini kerana mereka percaya hubungan yang akrab akan menghasilkan keputusan yang positif. 

 

Pesanan terakhir Ahmad Nasri adalah untuk berjaya anda perlu berusaha dan berkorban tanpa rasa jemu serta berdoa untuk mencapai yang terbaik.

 

Dari Careta kami ingin ucapkan Selamat Maju Jaya kepada Ahmad Nasri dan terima kasih kerana memahatkan nama Malaysia dan memberi inspirasi kepada golongan muda. Dan setiap kali anda menyaksikan Lewis Hamilton beraksi di atas trek, ada seorang anak Malaysia disebalik tabir yang membantu karier beliau. 
  


 

Berita Berkenaan

Informasi
Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata, laporan itu turut membabitkan video palsu Tengku…
Sukan Bermotor
Menurut sumber dalaman, Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (sebelum ini dikenali sebagai SIC) akan…
Berita Domestik
  Ia berkata lebih separuh daripada penemuan itu berada dalam Lembangan Sarawak, terutamanya dalam…