Apad, JPJ, Miros diarah siasat nahas Genting Highlands

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
AGENSI Pengangkutan Awam Darat (Apad) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diarahkan untuk melakukan siasatan segera ke atas syarikat operator van persiaran yang terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands dekat Bentong, Pahang, pada Rabu.


Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata pihak Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) pula diarahkan untuk menjalankan siasatan dan mengkaji punca kemalangan tersebut.

 

“MIROS bertanggungjawab mengkaji keselamatan keadaan jalan di sana dan laporan dapatan kesemua agensi ini akan diberikan kepada pihak Kementerian Kerja Raya,” katanya pada sidang media di Putrajaya pada Khamis.

 

Loke berkata antara fokus utama siasatan kes kemalangan maut itu termasuk reka bentuk jalan raya dan selekoh di lokasi kejadian yang akan dikenal pasti sekiranya ia membahayakan pengguna.

 

Menurutnya ini kerana kemalangan tersebut berlaku disebabkan kenderaan yang dinaiki mangsa hilang kawalan semasa mendekati selekoh tajam di kawasan berkenaan.

 

Tujuh dilaporkan maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah van persiaran yang dikatakan terbabas ketika dalam perjalanan ke Pulau Pinang dari Genting Highlands dalam kejadian kira-kira 1.15 petang pada Rabu.

 

Enam mangsa termasuk pemandu van berkenaan maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur. 

 

 

– Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Beliau berkata berdasarkan perbincangan bersama dengan Kerajaan Negeri dan juga MRT Corp, satu…
Berita Domestik
  "Satu daripada komponen dalam budaya penyelenggaraan adalah mempunyai waktu kejuruteraan yang…
Informasi
  "Pembinaan RTS kini mengikut jadual walaupun berdepan dua kali pertukaran kerajaan dan pandemik…