Aplikasi AUTONEST tawar solusi penyelenggaraan kenderaan

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi pelancaran AUTONEST APP, Autonest Sdn Bhd mahu menjadikan aplikasi itu sebagai 'Foodpanda' kepada industri perkhidmatan automotif yang menawarkan solusi kepada para pemilik kenderaan di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Autonest sudah pun mempunyai lebih 100,000 orang pengguna dalam dan luar talian, serta menyenaraikan lebih daripada 500 perniagaan yang berkaitan di dalam industri automotif.

Dalam tempoh dua tahun, Autonest mensasarkan 10,000 pemain industri automotif untuk menyertai aplikasi tersebut.

Dengan adanya aplikasi ini, para pemilik kenderaan boleh mencari perkhidmatan yang dikenendaki, serta menempah temu janji bagi meminimumkan masa menunggu, selain mengurangkan risiko terdedah kepada jangkitan COVID-19.

Buat masa ini, operasi Autonest hanya dihadkan kepada kawasan sekitar Lembah Klang dan Johor, namun ia akan diperluaskan kepada kawasan Utara dan Pantai Timur dalam masa terdekat.

Anda boleh memuat turun aplikasi ini di Apple App Store dan juga Google PlayStore.