Aplikasi yang dinamakan sebagai Honda Driver Coaching itu boleh mengakses sistem komputer kenderaan untuk memantau, dan menganalisa corak pemanduan semasa (termasuklah input stereng, brek, pecutan) dan memberikan tunjuk ajar dalam usaha untuk mempraktikkan cara pemanduan yang lebih selamat.

Sesudah selesai pemanduan, aplikasi tersebut akan memberikan ringkasan analisa corak pemanduan, tips spesifik serta skor bagi memudahkan pemandu memantau tahap kemajuan pencapaian mereka.
Aplikasi ini hanya boleh dimuat turun menerusi kedai Apple App Store, dan terhad untuk beberapa model Honda dan Acura yang dilengkapi dengan Apple CarPlay, seperti berikut:
• Honda Civic (2019-2020)
• Honda Insight (2018-2022)
• Honda Accord (2018-2020, 2023 - ke atas)
• Honda HR-V (2023 ke atas)
• Honda CR-V (2020-2023)
• Honda Pilot (2023 - ke atas)
• Acura Integra (2023 - ke atas)