Aplikasi Porsche ROADS bantu anda cari lokasi memandu ideal

oleh Mohamad Hanif|
Selari dengan perkembangan semasa, hampir setiap pengeluar kini mempunyai aplikasi tersendiri yang membolehkan pemilik mengawal fungsi tertentu seperti mengunci kenderaan, membuka tingkap, atau mendapatkan maklumat berkenaan kondisi kenderaan.

Pada tahun 2019, Porsche telah melancarkan sebuah aplikasi mudah alih yang tidak menyediakan mana-mana ciri yang disebutkan di atas.

Walaupun ia mempunyai ciri navigasi terbina, aplikasi ROADS ini juga bukanlah sebuah aplikasi navigasi pemetaan yang boleh mencari jalan pintas untuk mengelakkan kesesakan trafik.

Sebaliknya, ia menyediakan info berupa lokasi-lokasi menarik untuk menikmati pemanduan yang mengasyikkan, dan kini telah dikemaskini dengan pelbagai ciri yang dipertingkatkan.
 

Porsche


Terdapat tiga profil pemanduan yang boleh dipilih, iaitu Balanced, Speedy dan Curvy.

Aplikasi ROADS ini akan menggunakan teknologi kepintaran buatan untuk mencari lokasi berdasarkan beberapa aspek yang dipilih pemandu termasuklah laluan berselekoh, topografi, ciri landskap dan tempat menarik sepanjang laluan yang berpotensi.

Ia bukan sekadar aplikasi untuk mencari lokasi pemanduan menarik, ROADS juga turut menyediakan komuniti pengguna yang mahu berkongsi lokasi kegemaran mereka kepada pengguna-pengguna lain.

Menurut Porsche, aplikasi itu kini mempunyai lebih daripada 180,000 orang pengguna.
 

porsche


Aplikasi ROADS ini boleh dimuat turun secara percuma menerusi kedai aplikasi Apple App Store, tanpa mengira apa jua kereta yang anda pandu.

Sayang sekali, aplikasi ini tidak tersedia di negara kita.

Berita Berkenaan

Berita Global
Aplikasi yang dinamakan sebagai Honda Driver Coaching itu boleh mengakses sistem komputer kenderaan…
Berita Global
Pada mulanya, perkhidmatan penstriman hanya dihadkan pada skrin melengkung papan pemuka, dimana…
Berita Domestik
Ketika ditemubual oleh laman berita Bernama, Muhammad Khairie Danish berkata idea untuk menjual…