Aplikasi Setel kini boleh menggunakan pembayaran DuitNow

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Aplikasi pengisian minyak terkenal, Setel baru-baru ini telah melancarkan DuitNow QR dan menyertai ekosistem berskala besar yang dioperasikan oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Integrasi DuitNow QR dengan fungsi “Setel Pay” dalam aplikasinya berpotensi untuk meluaskan lagi penerimagunaan kaedah bayaran tanpa tunai dalam kalangan pengguna.

Aplikasi Setel kini boleh digunakan untuk mengimbas dan membuat pembayaran di mana-mana kedai yang menyediakan kod DuitNow QR.

 

2

 

Dalam tempoh setahun juga, pengguna Setel akan dapat menghantar dan menerima dana melalui DuitNow QR serta menjana kod DuitNow QR mereka sendiri bagi memudahkan pemindahan dana ke e-dompet mereka.

Bermula 30 Mac hingga 31 Mei 2023, pengguna Setel boleh mengumpul mata ganjaran Mesra bagi setiap transaksi bayaran yang dibuat melalui DuitNow QR.

Mata ganjaran tersebut juga boleh ditebus untuk pembelian petrol serta pelbagai ganjaran menarik yang lain.

Untuk menggunakan fungsi DuitNow QR, anda hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah berikut:

  • akses melalui tab 'Bayar' di halaman utama aplikasi Setel
  • Tekan butang ‘Imbas kod QR’
  • Imbas kod DuitNow QR yang disediakan
  • Tetapkan jumlah bayaran dan hantar

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kerjasama antara Setel dan Maybank itu bakat memberi pengalaman yang lancar, mudah dan bermanfaat…
Berita Domestik
Perkhidmatan yang disediakan ialah penggantian bateri, jump start bateri, tukar tayar, bantuan…
Informasi
Solusi yang pertama seumpamanya ini disediakan sekarang untuk 1,000 pengguna Setel pertama yang…