Sejak 2022, pengguna Touch ‘n Go eWallet sudah boleh membuat pembayaran untuk produk dan perkhidmatan di mana-mana pedagang Alipay+ seluruh Singapura.
Dengan ciri yang diumumkan baru-baru ini melalui perkongsian rentas sempadan DuitNow -NETS, pengguna Touch ‘n Go eWallet kini boleh mengimbas dan membayar di mana-mana pedagang yang memaparkan NETS QR melalui terminal pembayaran NETS atau SGQR
Oleh itu, rangkaian pedagang di Singapura yang menerima Touch ‘n Go eWallet kini berkembang kepada lebih 130,000 titik sentuh, meliputi pembayaran rentas sempadan terluas untuk e-wallet rakyat Malaysia di Singapura.

Pengguna Touch ‘n Go eWallet tidak perlu risau kerana eWallet mereka sentiasa dilindungi dan setiap transaksi yang mereka lakukan adalah selamat dan terjamin.
Touch ‘n Go eWallet baru-baru ini telah melaksanakan 5 langkah utama yang dimandatkan oleh Bank Negara untuk bank memperkukuh perlindungan terhadap urus niaga penipuan.
Untuk maklumat lanjut mengenai pembayaran rentas sempadan tersebut, sila layari laman sesawang Touch ‘n Go.