Aplikasi Volkswagen Cares baharu, kini dinaik taraf dan segalanya di hujung jari anda!

oleh SALINA JALIL|
Volkswagen Passengers Cars Malaysia (VPCM) telah melancarkan aplikasi Volkswagen Cares baharu untuk meningkatkan lagi pengalaman pemilikan pelanggan.


Ia adalah sebahagian daripada iniaistif Volkswagen Cares dengan menggantikan versi lama kepada aplikasi baharu dengan serta-merta.


Pembangunan aplikasi baharu ini dibuat dengan mengambil kira maklum balas pelanggan sebelum memperkenalkan fungsi-fungsi baharu dan meningkatkan pelbagai ciri-ciri untuk menambah baik pengalaman pengguna.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Aplikasi Volkswagen Cares kini merupakan pusat sehenti yang menempatkan pelbagai sokongan jualan dan selepas jualan.


Contohnya adalah seperti pengurusan maklumat kenderaan pelanggan, menjadual temu janji servis secara dalam talian, menerima tawaran and promosi eksklusif, selain berhubung dengan Volkswagen Malaysia serta rangkaian pengedarnya. 


Aplikasi baharu ini juga akan memberikan peringatan VIP (Volkswagen Insurance Plan) apabila sampai masanya, dan membenarkan pelanggan untuk menguruskan baucar servis. 


Fungsi baharu yang akan dibangunkan di aplikasi terbaharu ini kelak adalah sistem ganjaran dan gerbang pembayaran yang telah pun dirancang dan sedang diusahakan.
 

 

Erik Winter, Pengarah Urusan berkata  bahawa VPCM akan meneruskan komitmennya dalam menawarkan yang terbaik kepada pelanggan di negara ini. 

 


“Kami mengutamakan pelanggan dalam apa jua yang kami lakukan dan pelancaran aplikasi Volkswagen Cares baharu ini membuktikannya.”

 


“Prestasi aplikasi kami merupakan sebuah kisah kejayaan dalam kalangan pasaran yang diuruskan oleh kumpulan PHS. Kami mempunyai sekitar 30,000 pemilik sehingga kini, dan lebih 50 peratus daripada jumlah tersebut merupakan ahli VCP yang mana kenderaan mereka berusia 5 tahun dan ke atas.

 


“Kami berbesar hati dengan kesetiaan pelanggan kami kerana ia melambangkan penambahbaikan servis Volkswagen Malaysia dan bagaimana kami bersungguh-sungguh untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Dengan mendengar keperluan mereka, kami mengambil inisiatif untuk mengubah dan membangunkan aplikasi ini untuk pengalaman lebih baik,” kata Erik.

 


VPCM telah mendigitalkan sepenuhnya perjalanan pemilikan kenderaan untuk menawarkan kemudahan dan akses di hujung jari sahaja. Daripada eShowroom dan perkhidmatan penghantaran ke rumah, sehinggalah perkhidmatan selepas jualan dan kini aplikasi Volkswagen Cares yang telah ditambah baik, pelanggan boleh menguruskan segalanya tanpa perlu keluar dari rumah.

 

“Keperluan pelanggan sentiasa berubah dengan perkembangan pesat digitalisasi. VPCM sentiasa menerima dan mengadaptasi realiti semasa, oleh itu kami akan terus mendorong batasan untuk menjadikan pengalaman pemilikan lebih mudah dan sebaik mungkin,” kata Erik.
 

 

Sebagai peneraju digital dalam industri, VPCM telah merintis banyak kempen digital pintar dengan teknologi terkini. 

 


Ia menjadi jenama automotif pertama yang menjual kenderaan di platform eDagang seperti Lazada dan Shopee serta di media sosial Instagram.

 


Dari segi selepas jualan, kempen #SafeHands memastikan kesejahteraan pelanggan dan kakitangan. Terdapat pilihan mengambil dan menghantar untuk temu janji servis, pemeriksaan 5 Star Service secara percuma, Service Cam, serta pelan pembayaran kos efektif dan tanpa tunai.

 


Aplikasi Volkswagen Cares baharu kini sudah boleh dimuat turun daripada Apple App Store untuk pengguna iOS dan di Google Play Store bagi pengguna Android.

 

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my

 

Careta sendiri pernah berkongsi video tentang keistimewaan Volkswagen Cares ini di mana ianya memudahkan aktiviti seharian anda: 

 

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Touareg terbaharu kini sudah memasuki generasi yang ketiga, dan merupakan SUV pertama keluaran…
Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…