Apollo Tyres buka pusat servis tayar trak pertama di Batu Pahat

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Apollo Tyres, salah sebuah pengeluar tayar terkemuka di dunia merasmikan Zon Tayar Trak Apollo (ATTZ), sebuah pusat sehenti untuk tayar kenderaan komersil. 

Pembukaan pusat baharu ini sejajar dengan fokus Apollo Tyres untuk memberikan pelanggan akses kepada pelbagai kemudahan professional yang ditawarkan. 

Ia dikendalikan oleh Sin Chu hin, salah seorang perintis dan pakar dalam industri tayar di selatan Malaysia. 

Gabungan ini merupakan yang pertama seumpanya untuk Apollo Tyres di luar India membolehkan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi dimanfaatkan sepenuhnya untuk pasaran Malaysia, di samping memberikan nilai yang lebih kepada para pelanggan. 

ATTZ juga dilengkapi dengan alatan canggih, termasuk mesin penjajaran tayar berkomputer untuk trak dan treler, penukar tayar automatik serta servis menyeluruh yang berkaitan dengan tayar untuk trak dan bas. 

ATTZ juga mempunyai pusat latihan tersendiri untuk membimbing para pelanggan membuat keputusan memilih tayar yang bersesuaian. 

Bersempena dengan musim perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang, Apollo Tyres menawarkan baucer untuk setiap pembelian tayar lori, selain pakej servis istimewa kepada semua jenis tayar komersil dalam pasaran. 

Pusat ATTZ terletak di alamat No.2 Jalan Kolek, Kawasan Perindustrian Tongkang Pecah, Batu Pahat dan dibuka dari Isnin sehingga Sabtu bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 7.00 malam. 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi ATTZ di talian 07-4152682

Berita Berkenaan

Berita Global
Di sudut dunia yang berbeza, Apollo merupakan sebuah syarikat pengeluar tayar yang keempat belas…