Apple Car: Nissan nafi berbincang dengan Apple

oleh Mohamad Hanif|
Nissan Motor Co Ltd dalam satu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini menafikan dakwaan melakukan perbincangan dengan Apple Inc berhubung projek kereta autonomi seperti yang dilaporkan oleh beberapa media sebelum ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut jurucakap Nissan, "Kami tidak melakukan sebarang rundingan dengan Apple, akan tetapi Nissan sentiasa terbuka untuk meneroka kolaborasi dan kerjasama bagi memacu transformasi industri.

Sementara itu, wakil daripada Apple masih lagi tidak memberikan sebarang penjelasan berhubung isu terbaharu ini.

Sebelum ini, syarikat gergasi teknologi itu diberitakan melakukan perbincangan dengan syarikat automotif Korea, Hyundai dan Kia bagi membangunkan projek kereta elektrik swapandu.

Namun, kedua-dua syarikat tersebut mengesahkan mereka tidak lagi dalam perbincangan bersama Apple.

Masalahnya, siapa yang Apple jumpa selama ini?

Sumber: CNA

Berita Berkenaan

Berita Global
Satu laporan terkini daripada MacRumours menyebut syarikat itu dikatakan telah membeli tapak litar…
Berita Global
Menurut laporan daripada DigiTimes, syarikat teknologi gergasi itu sedang melakukan perbincangan…
Berita Global
Menurut laporan daripada Bloomberg, disebabkan terlalu banyak informasi yang tertiris sejak…