Apple CarKey - Nyahkunci kereta anda dengan iPhone!

oleh Mohamad Hanif|
Selamat tinggal kunci fizikal, selamat datang kunci digital!
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Pengenalan kunci digital kian menjadi satu norma di kalangan pengeluar automotif, dan Apple menjadi syarikat bukan automotif terkini yang menawarkan ciri yang serupa. 

Menurut laporan berita oleh 9to5Mac, Apple telah melepaskan iOS 13.4 versi beta kepada para pembangun yang turut merangkumi fungsi baharu CarKey untuk Apple iPhone dan Apple Watch.
 


Fungsi CarKey ini sama seperti fungsi kunci digital yang lain, di mana ia mampu membenarkan pengguna untuk mengunci, nyahkunci dan menghidupkan enjin dengan teknologi Near Field Communication (NFC).

Lebih menarik lagi, Apple turut menyebut fungsi ini boleh diaktifkan tanpa perlu pengguna menggunakan fungsi Face ID.

Apple CarKey merupakan hasil usahasama Apple dengan kumpulan Car Connectivity Consortium yang turut disertai oleh pengeluar automotif ternama seperti BMW, Jaguar Land Rover, Mercedes-Benz, PSA, Renault, Suzuki, Toyota, Honda, Hyundai dan juga Volkswagen.
 


Sebelum ini, konsortium tersebut telah pun melepaskan Digital Key 1.0 pada tahun 2018 dan versi 2.0 sedang berada di dalam fasa akhir yang menggunakan cip keselamatan yang telah dipertingkatkan.

Versi 3.0 pula sedang di dalam fasa pembangunan, dimana ia akan merangkumi teknologi Bluetooth Low Energy dan Ultra-Wideband.

Dengan teknologi di atas, pengguna tidak perlu mengeluarkan peranti pintar untuk menyahkunci kereta dari dalam poket. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berita baik, para pemilik kereta BMW kini boleh mengaktifkan ciri Digital Key Plus dengan…
Berita Global
Samsung telah bekerjasama dengan Google untuk menambahbaik pengalaman penggunaan sambungan Android…
Berita Global
Ia membolehkan para pemilik peranti seperti Apple iPhone dan Apple Watch mengunci dan menyahkunci…