Aprilia eSR2 - skuter elektrik 350 W, jarak gerak 25 km, harga dari RM2.9k

oleh Mohamad Hanif|
Aprilia kini membawakan mobiliti elektrik baharu yang dikhususkan untuk kegunaan dalam bandar, iaitu eSR2.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun bentuk skuter itu amat tipikal, namun Aprilia membawakan sistem suspensi hadapan yang mampu menyerap gegaran, serta prestasi motor elektrik jenis brushless 350 W yang boleh dikawal menerusi aplikasi yang dibangunkan oleh Italdesign.
 

Aprilia


Aplikasi The App ini boleh didapati menerusi Google Play dan App Store, direka sebagai sebuah 'garaj maya' serta menawarkan sokongan teknikal masa nyata, selain memaparkan informasi penting seperti kapasiti bateri, jarak perjalanan, serta kedudukan terakhir skuter.

Pek bateri berkapasiti 288 Wh pula membenarkan jarak pergerakan sejauh 25 km untuk sekali cas penuh.
 

Aprilia


Untuk keselamatan, eSR2 didatangkan dengan brek gelendong dan belakang berkuasa elektrik, dibantu dengan sistem pencahayaan LED di depan dan belakang.

Untuk pasaran Eropah, harga jualan bermula dari 599 Euro (RM2,954).