Aprilia lancar RS 125 & Tuono 125 2021 - 15 hp/11.2 Nm, lengkap ABS dua saluran!

oleh Mohamad Hanif|
Aprilia baru-baru ini melancarkan secara rasmi motosikal di dalam segmen 125 cc, iaitu RS 125 dan Tuono 125.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari segi penampilan, tidak dapati dinafikan lagi pengaruh yang dibawakan daripada model baharu RS 660 dan Tuono 660 yang agresif, diikuti lampu LED penuh yang merangkumi lampu indikasi membelok.

Aspek pengendalian jentera 125 cc ini terdiri daripada kerangka aluminium yang dipertingkat, sistem suspensi hadapan fork jenis terbalik, dan lengan ayun asymmetric di bahagian belakang.

 


Sementara sistem brek pula terdiri daripada angkup hadapan empat omboh dengan rotor bersaiz 300 mm di hadapan, angkup omboh tunggal dengan rotor 218 mm di bahagian belakang dan dibantu dengan sistem brek anti-kunci dua saluran.

Segala informasi penting seperti tangki bahan api, kadar penggunaan bahan api dan jarak perjalanan dipaparkan menerusi skrin digital penuh serba baharu dengan sistem pencahayaan belakang (backlit) dua warna iaitu putih atau light blue.

Penunggang juga boleh menghubungkan sistem Aprilia MIA ini dengan peranti pintar menerusi sambungan Bluetooth.

 


Selain daripada itu, RS 125 dan Tuono 125 juga mempunyai tangki bahan api sebesar 14.5 liter, ketinggian tempat duduk 820 mm (Tuono 810 mm), ruang storan yang cukup besar untuk memuatkan tablet bersaiz 8 inci, serta opsyen slot pengecasan USB yang boleh ditambah.

Dari segi kuasa, kedua-dua RS 125 dan Tuono 125 menggunakan enjin silinder tunggal sejukan cecair yang menghasilkan 15 kuasa kuda dan 11.2 Nm yang menjanjikan kuasa yang optimum pada putaran enjin yang rendah, serta pengurusan elektronik Marelli MIUG4 ECU yang lebih baik.

 


Aprilia RS 125 ditawarkan dalam dua liveri iaitu Aprilia Black dan GP Replica, manakala Aprilia Tuono 125 pula hadir dalam tiga liveri iaitu Aprilia Black, Lightning White dan Arrow Gray.

 

Aprilia RS 125

 

Aprilia Tuono 125