Arab Saudi mahu tubuh syarikat EV tersendiri

oleh Mohamad Hanif|
Negara Arab Saudi diberitakan mahu menubuhkan syarikat pengeluar kenderaan elektrik sendiri, menurut laporan terbaharu yang dipetik daripada Bloomberg.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Difahamkan, negara tersebut telah pun melantik penasihat termasuklah Boston Consulting Group untuk meneroka peluang untuk membangunkan jenama EV tersendiri.

Menurut jurucakap pengurusan dana kekayaan negara tersebut mengesahkan pihak mereka ingin mempelbagaikan kebergantungan selain daripada hasil minyak namun tiada sebarang butiran lanjut didedahkan buat masa ini.

Sebelum ini, Dana Pelaburan Umum telah memperoleh pegangan kecil di dalam Tesla pada tahun 2018, namun saham tersebut dijual sepenuhnya tidak lama sebelum nilai saham Tesla melonjak naik pada lewat tahun 2019 dan 2020.

Arab Saudi juga turut melaburkan $1 bilion di dalam Lucid Motors, dan beberapa perbincangan telah pun dibuat untuk membangunkan sebuah kilang pemasangan di bandar Jeddah.

Menurut ketua pengurusan kekayaan negara, Yasir Al-Rumayyan berkata, Arab Saudi merancang untuk memuktamadkan perjanjian seawal tahun ini atau selewatnya tahun hadapan.

"Berkaitan dengan industri automotif, terdapat lebih daripada satu projek yang kami sedang pertimbangkan, dan ia akan dilaksanakan pada tahun ini atau tahun hadapan," katanya kepada Bloomberg.

Sumber: Bloomberg

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada barisan kereta sports dan supercar, ada juga pihak yang mula menggunakan kereta…
Berita Global
Arahan itu dilakukan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan keselamatan dan…
Berita Global
Elon juga dilaporkan telah berjumpa dengan Perdana Menteri Israel di California semalam. Taikun…