Aramco tandatangan LOI miliki saham syarikat JV Geely dan Renault Group

oleh Muhammad Md Tajudin|
Aramco
Aramco
Syarikat gergasi petroleum dan gas asli Arab Saudi, Aramco telah menandatangani surat hasrat (LOI) untuk menjadi pemegang saham minoriti berpotensi di dalam syarikat teknologi rangkaian kuasa (PWT) yang akan ditubuhkan oleh Geely Holding Group, Geely Automobile Holdings Limited dan Renault Group.

Syarikat baharu itu akan memfokuskan kepada teknologi rangkaian kuasa pembakaran dalaman dan hibrid.

Pelaburan Aramco akan membantu perkembangan syarikat dan menyumbang kepada program penyelidikan dan pembangunan (P&P) bahan api sintetik dan teknologi hidrogen generasi baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Geely dan Renault

 

Dengan rangkaian global yang merangkumi 17 kilang rangkaian kuasa dan lima pusat P&P, syarikat baharu itu akan menjadi pembekal global kendiri dengan kapasiti lebih lima juta enjin pembakaran dalaman, hibrid dan hibrid plug-in dan transmisi setiap tahun dan pembekalan kepada lebih 130 negara dan rantau.

Secara ringkasnya, pada masa industri sedang beralih kepada kenderaan elektrifikasi, Geely dan Renault menubuhkan syarikat baharu untuk terus membangunkan enjin pembakaran dalaman dan hibrid.

Geely dan Renault menaungi pelbagai jenama di bawahnya dari Geely dan Renault sendiri kepada PROTON, Nissan, Mitsubishi dan sebagainya.

Renault Nissan Mitsubishi Alliance

Enjin pembakaran dalaman masih mempunyai pasaran luas selagi infrastruktur pengecasan tidak melata di serata dunia.

Gabungan kedua-dua syarikat itu juga akan menghasilkan skala ekonomi dengan pengguna dapat menerima manfaat dari segi penggunaan komponen yang seragam.

Apabila banyak model kereta dari pelbagai pengeluar berbeza menggunakan enjin sama, apakah nasib DNA sesebuah syarikat?

Jawapannya terletak pada talaan enjin dan penyesuaian yang dilakukan. Tambahan pula, perkongsian enjin di antara pengeluar sudah lama diamalkan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Zhejiang Geely Holding Group

 

Berita Berkenaan

MotorGP
Pasukan yang berpusat di Tavulia ini juga turut mengesahkan mereka telah menandatangani kontrak…
Berita Global
Jika ditambah kepada nilai cukai VAT sebanyak 20 peratus, kenaikan 5p itu dilihat mampu menjadikan…