Ariel Hipercar - hypercar elektrik 1180 hp/1820 Nm dengan penambah jarak turbin gas

oleh Mohamad Hanif|
Jenama Ariel lebih dikenali dengan kereta serba ringan Atom dan juga model off-road Nomad.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun baru-baru ini Ariel tampil dengan sebuah model berkuasa elektrik, atau lebih tepat lagi hypercar EV dengan penambah jarak gas turbin.

Kedengaran agak gila, bukan?
 

Ariel


Biarpun bersifat sebuah prototaip (dengan rupa paras iras Batmobile), Ariel Hipercar dipasangkan dengan empat motor elektrik - satu untuk setiap roda - dengan kuasa keseluruhan 1,180 hp dan daya kilas 1,820 Nm.

Konfigurasi ini membolehkan Hipercar memecut 0-100 km/j bawah dua saat, 0-161 km/j dalam masa empat saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 250 km/j.

Menurut Ariel, terdapat opsyen penambah jarak yang menggunakan turbin gas 47 hp yang diposisikan di bahagian belakang, di mana saiznya lebih kompak berbanding enjin tradisional.
 

Ariel


Tidak seperti model Atom yang menggunakan casis spaceframe, Hipercar menggunakan casis tab aluminium terikat dengan subrangka yang boleh ditanggalkan, diikuti struktur panel gentian karbon.

Berat keseluruhan jentera AWD ini adalah sekitar 1,556 kg, masih terlalu berat untuk sebuah jentera Ariel yang dikenali sebelum ini, namun ia boleh dikurangkan kepada 1,445 kg untuk versi pacuan dua roda dengan dua motor elektrik.

Pek bateri pula adalah kecil kapasitinya, 56 kWh yang membolehkan jarak gerak sejauh 240 km dicapai untuk sekali cas penuh.
 

turbin


Untuk mengatasi masalah kebimbangan jarak, Ariel Hipercar boleh dipasangkan dengan unit penambah jarak jenis turbin gas yang menghasilkan 47 hp dengan kapasiti tangki hanyalah sebesar 35 liter.

Susun atur ruang kabin Hipercar ini tidak didedahkan sepenuhnya, namun berdasarkan gambar terdapat sepasang tempat duduk jenis bucket, gugusan butang fungsi yang dipasang pada bahagian siling, serta skrin paparan kluster digital yang memaparkan pelbagai informasi penting termasuklah suhu untuk setiap motor elektrik.
 

Ariel


Setakat ini, ia masih lagi bersifat sebuah model prototaip, dan dijangka muncul menjelang tahun 2024.

Harga jualan pual dianggarkan bermula sekitar $1 juta (RM4.48 juta).