Ark Zero - EV paling murah di UK, jarak gerak 81 km, dari RM35k

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah syarikat pemula yang berpengkalan di London, Ark telah tampil dengan model kereta elektrik mikro yang dinamakan sebagai Zero.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia diklasifikasikan di bawah segmen kuadrisikal, bermakna Ark Zero bakal memberikan saingan rapat kepada model EV mikro lain seperti Citroen Ami, Fiat Topolino, Opel Rocks-e, dan Renault Twizy.

Buat masa ini, Ark Zero merupakan EV yang paling murah di UK, dengan harga jualan bermula dari £5,995 (RM35,464) sahaja.
 

zero


Ark Zero dikuasakan oleh motor elektrik 3 hp, dengan kelajuan maksimum dihadkan kepada 45 km/j, sementara pek bateri 80 Ah membenarkan jarak gerak sejauh 81 km, berbanding Citroen Ami sejauh 70 km.

Ia membawakan ukuran dimensi sepanjang 2,500 mm, lebar 1,202 mm, dan tinggi 1,625 mm.

Disebabkan ia sebuah kuadirisikal yang tidak begitu lebar, ruang kokpit hanya boleh memuatkan pemandu sahaja, sementara penumpang perlu duduk di baris belakang.
 

zero


Binaan badan aluminium yang digunakan menjadikan berat keseluruhan Ark Zero sekitar 489 kg sahaja.

Sama seperti Citroen Ami (kecuali versi buggy), Ark Zero masih lagi mempunyai struktur pintu yang penuh bagi melindungi pemandu dan penumpang daripada tempias hujan.

Ark Zero menyokong pengecasan Type 1 dengan kapasiti sehingga 7.4 kW, di mana pengecasan penuh mengambil masa enam hingga lapan jam dengan kos kurang daripada 1 pound Britain (RM5.92).
 

zero


Spesifikasi lain termasuklah bumbung suria, kamera sandaran, unit lampu LED, skrin tengah LCD, serta sokongan sambungan Bluetooth.

Terdapat empat warna pilihan iaitu merah, hitam, putih dan kelabu.

Buat masa ini, Ark Zero hanya boleh didapati di pasaran UK dan boleh ditempah menerusi laman web rasmi syarikat tersebut.

Kereta yang siap akan dihantar dalam tempoh 14 hingga 16 minggu selepas tempahan pelanggan disahkan.