Art of Speed Malaysia 2024 - rai perpaduan tanpa sempadan

oleh Firdaus Razani|
Tahun 2023 menyaksikan acara Kustom & Counter Culture terulung Malaysia, Art of Speed (AOS) dianjur meriah dengan sambutan luar biasa dari ramai pengunjung.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

AOS 2024 bakal kembali di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) dengan pelbagai aktiviti untuk pengunjung pada setiap ruang tertutup seluas 452,084 kaki persegi, ruang luar seluas 8.6 ekar.

 

aos

 

Acara AOS 2024 akan berlangsung di MAEPS pada 27 Julai 2024 (10:00 pagi – 7:00 malam) dan 28 Julai 2024 (10:00 pagi – 7:00 malam).

 

aos

 

Pada acara kali ini, AOS 2024 mengalukan lebih 30 tetamu komuniti kustom dan juga media antarabangsa seperti:

 

  1. Shige Suganuma, Shinotsuka “NATQQ” Michihisa & Hey Murakamii dari MOONEYES; Japan 
  2. Ikon drift terkenal dunia Daigo Saito dari Toyota Gazoo Racing.
  3. Katie’s Customs; Jepun
  4. STOOP Motorcycles; Jepun
  5. EVILACT, Jepun
  6. Nigel Petrie dari Engineered To Slide; Australia
  7. Spinny, Thailand - Pemenang Best European Custom Bike di Bangkok Hot Rod Show 2024
  8. Little Boy Cycles, Thailand - Pemenang Best of Show di Bangkok Hot Rod Show 2024
  9. Dino Dalle Carbonare & Alexander Iain dari Speedhunters.com
  10. ONE LOW, Masashi Tasaki; Japan
  11. Tengku Djan, pemandu drift profesional Malaysia
  12. Makoto from Makoto M&K Custom Signs
  13. 2 Percenter, Jepun
  14. Masanari Kobyashi dari Jepun 
  15. Burnout Magazine, Jepun
  16. Majalah Vibes, Japan -
  17. Majalah Ignite, Thailand
  18. Cynar, Jepun
  19. Mow, Australia
  20. Choppajoop, Singapura
  21. Hisa Artes 66 Paintlab, Indonesia (kumpulan kolektif 15 artis ‘pinstripe’)
  22. Fahmi Freeflow, Indonesia
  23. Mill Art, Indonesia
  24. Mr. Pinman, Thailand
  25. Irvine Jasta, Indonesia
  26. Cherry Bomb Pin-Up Parlour, Singapore
  27. Bangkok Hot Rod Show, Thailand
  28. Mooneyes Bangkok, Thailand
  29. Kustomfest, Indonesia
  30. Borneo Kustom Show, Brunei
  31. BBQ Ride, Indonesia
  32. Wicked Wallop, Singapore
  33. Ya Seat, Thailand
  34. Wheelspin, Thailand
  35. Von Dutch, Indonesia

 

aos

 

Art of Speed Malaysia 2024 ini juga bakal menampilkan persembahan dan kolaborasi menarik seperti;

  1. SoundCircus Takeover oleh Art of Speed yang menampilkan Kugiran musik seperti Spider, Gerhana Ska Cinta, Salam Musik, Jemson X Forcesparkbois, Slatan, 53 Universe dan ramai lagi.
  • SoundCircus akan diadakan sepanjang acara berlangsung dari 27 ke 28 Julai 2024 dari jam 4:00 petang hingga lewat di MAEPS Serdang.
  • Tiket kini boleh didapati di https://scf.artofspeedmy.com/ticket/ (Tiket Early Bird sudah habis dijual). 
  1. Art of Speed ​​akan berkolaborasi dengan Selangor FC (SFC)
  2. Komuniti Moto4sale untuk jual beli motosikal bawah 500cc.
  3. Kolaborasi Art of Speed ​​bersama IGL Coatings
  4. AOS berkolaborasi bersama 4 jenama tahun ini ;Zippo, Von Dutch, Selangor FC dan MOONEYES.
  5. AOS Invitational Build-Off kembali dengan  10 orang pembina binaan khas yang akan merebut hadiah wang tunai dan juga peluang untuk menghantar motorsikal kustom mereka ke Jepun untuk acara The 32nd Yokohama Hot Rod Custom Show 2024. Pembina binaan khas yang tepilih adalah;
  • Abah & Sons (Padin Musa)
  • Nodie Cycles
  • Acid Welding
  • Zuhalfast
  • RGF
  • Flying Loser
  • Chaos Customs
  • FNG Works
  • Son of Abdul
  1. The 2nd Official Hot Wheels Collectors Convention Malaysia
  2. Outdoor ThunderCircus “Brotherhood Rally”
  3. NoEqual.co akan menampilkan NEAT Fest
  4. Off The Grid
  5. Hail Vintage dan Streetware Con
  6. Christopher Ng dari Motoqar akan menjadi hos pada tahun ini
  7. Show & Shine

 

aos

 

Selain itu juga, terdapat aktiviti tambahan AOS 2024 yang lain seperti;

  • Roda Rumble 2024 – Two Wheels Gathering & Outdoor Festival yang dianjurkan oleh Retro Mania
  • La Cultura – Malaysia’s Chicano Culture Appreciation Gathering, merangkumi persembahan fesyen gaya Cholo dan Chicano, persembahan Tarian dan DJ, dan lain-lain lagi.
  • Food Park- Vendor dan foodtruck makanan kini di LUAR!
  • Bazar vintaj automobil
  • Pelancaran produk di atas pentas
  • Test Ride Zone untuk motorsikal (Royal Enfield, Vespa, Aprilia, Triumph, Lambretta, Harley-Davidson, dan lain-lain)

 

Pada tahun ini juga, terdapat peraduan cabutan akan berlangsung pada hari Ahad dan ianya istimewa kerana hadiahnya merupakan kolaborasi antara AOS X QARTEL TV.

Seorang pemegang tiket bertuah akan pulang dengan hadiah cabutan bertuah dengan sebuah Honda yang telah dimodifikasi.

Kereta ini merupakan kenderaan “moden” pertama yang dipilih sebagai hadiah, hasil kerjasama AOS dengan pakar Honda, Qaqal Jeffry dari QARTEL TV.

Pas hujung minggu AOS 2024 boleh diperolehi di depan pintu dan atas talian dengan harga RM35.00, manakala kanak-kanak di bawah umur 12 tahun masuk secara PERCUMA.

Pemegang pas OKU juga diberikan kemasukan secara percuma. Baharu untuk tahun 2024 adalah pilihan untuk mendapatkan parkir tiket valet VIP.

Dengan bayaran RM30.00, pengunjung boleh meletakkan kereta mereka di aras bawah di Dewan D dan ia sah untuk kemasukan sehari.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara tersebut telah berlangsung di Dewan A Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) selama…
Berita Domestik
Diinspirasikan daripada acara gaya hidup outdoor tahunan terbesar di Jepun FIELDSTYLE, OTG 2024…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya telah…