AS siasat 11 kes kemalangan sistem mod pandu sendiri Tesla

oleh SALINA JALIL|
Agensi Persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang bertanggungjawab atas keselamatan jalan raya dilaporkan memulakan siasatan terhadap sistem mod pandu sendiri kereta Tesla.


Lapor BBC, Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA) memaklumkan siasatan itu diadakan berikutan 11 kes kemalangan Tesla yang membabitkan kenderaan kecemasan sejak 2018.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Jelas NHTSA, dalam beberapa insiden, kereta Tesla merempuh secara langsung terhadap kenderaan responden pertama.

 

Menurut agensi itu, siasatan tersebut akan merangkumi kira-kira 756,000 buah kereta Tesla yang dibina sejak tahun 2014.

 

Tambah NHTSA, siasatan terhadap kereta Tesla itu akan membabitkan jenis model Y, X, S dan 3.

 

NHTSA memaklumkan pihaknya akan memulakan siasatan awal terhadap teknologi dan kaedah yang diguna pakai untuk memantau dan membantu pemandu sambil menggunakan sistem mod pandu sendiri.

 

 

– AGENSI

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Teknologi Sistem Pengekalan Lorong Automatik (ALKS) yang digunakan di peringkat antarabangsa…
Berita Domestik
  Ia diumumkan Futurise yang membangunkan laluan pengujian itu bersama Kementerian Pengangkutan (…
Berita Global
Hasil kajian jurnal tersebut dilaporkan oleh NYPost.com dan menurut Scott Cohen, ketua kumpulan…