ASEAN NCAP terima pengiktirafan Prince Michael International Road Safety Awards!

oleh Mohamad Hanif|
Program Penilaian Kenderaan Baharu untuk Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) baru-baru ini telah dinobatkan sebagai salah sebuah penerima anugerah berprestij Prince Michael International Road Safety Awards 2019 bertempat di The Savoy, London.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Penyampaian anugerah tersebut diserahkan sendiri oleh Prince Michael of Kent kepada ASEAN NCAP pada majlis yang dihadiri kira-kira 300 organisasi professional keselamatan jalan raya dan bekas pemenang anugerah tersebut.

Anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf pencapaian dan inovasi yang mampu meningkatkan kadar keselamatan di jalan raya. 

Menurut Ketua Pengarah MIROS merangkap Pengerusi ASEAN NCAP, Dr. Siti Zaharah Ishak berkata, "Kami berasa amat berbesar hati dikurniakan anugerah berprestij ini, dan anugerah ini merupakan langkah penting kami ke arah mengurangkan jumlah kematian yang tinggi akibat kemalangan jalan raya di rantau ini.

"Sebagai sebuah badan bebas, ASEAN NCAP berjaya meningkatkan kadar kesedaran terhadap informasi keselamatan kenderaan baharu kepada para pengguna, menerusi ujian yang dijalankan sebelum ini. 

"Malah, kami juga berjaya menetapkan standard keselamatam minimum yang perlu ada seperti dua beg udara, sistem peringatan tali pinggang keledar dan kawalan kestabilan elektronik sebagai ciri standard. 

Setiausaha Agung ASEAN NCAP, Adjunct Prof. Ir. Dr. Khairil Anwar Abu Kassim menambah, "saya berasa amat yakin anugerah ini bakal menjadi pendorong kepada kami untuk meneruskan usaha bagi mengurangkan kadar kenderaan yang tidak menepati piawaian keselamatan di rantau Asia Tenggara.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, Triton merupakan trak pikap pertama yang diuji di bawah protokol penilaian 2021-2025.…
Berita Domestik
Secara keseluruhan, Proton S70 telah mendapat skor setinggi 82.95 poin berdasarkan empat kategori…
Berita Domestik
Tahukah anda? model Vios merupakan antara lapan model pertama yang diuji oleh ASEAN NCAP semasa…