Aset milik Nikita, Dmitry Mazepin disita kerajaan Itali

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu operasi yang dibuat oleh kerajaan Itali baru-baru ini, pihak berkuasa tersebut telah menyita aset milik bekas pelumba Haas F1, Nikita Mazepin dan bapanya Dmitry Mazepin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Reuters, operasi kerajaan tersebut menyasarkan sebuah vila Rocky Ram yang dimiliki oleh anak beranak tersebut, dengan nilai yang dianggarkan sekitar €105 juta (RM483 juta).

Dmitry yang merupakan bapa kepada pelumba F1 tersebut turut disifatkan sebagai salah seorang daripada kumpulan rapat Presiden Rusia, Vladimir Putin, menurut jurnal rasmi EU.

Bekas pelumba F1, Nikita Mazepin hanya sempat berlumba selama satu musim penuh dengan pasukan F1 Amerika Haas untuk tahun 2021.

Kontrak pelumba tersebut ditamatkan ekoran serangan Rusia ke atas Ukraine, baru-baru ini.

Malah, penajaan Uralkali yang dimiliki oleh bapanya turut ditamatkan oleh Haas F1.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Di bawah peraturan terbaharu, F1 mahu menjadikan perlumbaan yang lebih kompetitif selain…