Asics hasilkan kasut sukan daripada fabrik beg udara terpakai

oleh Mohamad Hanif|
Jenama kasut sukan terkemuka Asics berkolaborasi dengan syarikat Jepun Toyoda Gosei untuk menghasilkan kasut yang diperbuat daripada fabrik beg udara yang dikitar semula.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kasut mampan Asics Gel-Sonoma 15-50 itu merupakan varian rentas desa daripada rangkaian kasut larian jejak Gel-Sonoma, di mana bahagian atas kasut itu diperbuat sepenuhnya daripada fabrik beg udara.
 

asics


Menurut Asics, ciri fabrik yang kuat, fleksibel dan tahan lasak itu menjadikannya bahan yang sesuai digunakan untuk menghasilkan bahagian atas kasut tersebut.

Pereka kasut ini turut mengekalkan ciri jahitan merah dan cetakan nombor yang terdapat pada beg udara yang dihasilkan oleh Toyoda Gosei, sebelum diakhiri dengan imej beg udara pada bahagian hujung kasut.
 

asics


Asics Gel-Sonoma 15-50 ini dijual pada harga bermula dari  ¥16,500 (RM545.80) dan boleh didapati bermula 26 Januari ini.

Ini bukanlah kali pertama Toyoda Gosei menemukan idea bijak untuk mengitar semula barangan terpakai.
 

asics


Mereka sebelum ini telah mengubah fabrik beg udara dan kulit yang disumberkan daripada roda stereng untuk dijadikan sebagai beg dan bekas penyimpanan pen di bawah jenama mesra alam Re-S.