Aston Martin Bulldog akhirnya mampu capai 322 km/j selepas 44 tahun

oleh Mohamad Hanif|
Lewat tahun 1979, Aston Martin telah membina sebuah supercar berbentuk baji Bulldog dengan sasaran untuk diproduksikan pada skala kecil (15 hingga 25 unit).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam satu cubaan, Aston Martin Bulldog telah berjaya mencapai kelajuan tertinggi 307 km/j (191 batu sejam), satu pencapaian yang menakjubkan walaupun tidak mencapai sasaran 237 batu sejam yang ditetapkan (381 km/j).
 

aston


Projek tersebut terpaksa dihentikan disebabkan kos pembangunan yang terlalu tinggi, dan unit tunggal tersebut kemudian bertukar dan berpindah hak milik beberapa kali sebelum ia diserahkan kepada Classic Motor Cars untuk direstorasikan.

Selepas 40 tahun dan proses restorasi yang memakan masa kira-kira 7,000 jam, Aston Martin Bulldog akhirnya berjaya melepasi tanda 200 batu sejam (322 km/j).
 

aston


Dalam satu ujian yang dijalankan di Machrihanish Airfield, Scotland, Aston Martin Bulldog mencatatkan kelajuan tertinggi 205.4 batu sejam (331 km/j), di mana hanya beberapa kereta moden sahaja yang berjaya melepasi julat kelajuan tertinggi yang disebutkan tadi.  

Sebagai makluman, Aston Martin Bulldog dikuasakan oleh enjin bentangan V8 5.3 liter turbo dengan hamburan kuasa 600 hp dan 678 Nm berdasarkan data yang diperoleh pada penghujung tahun 70-an.

Sumber: Road & Track

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, impian untuk menghasilkan antara 15-25 unit supercar tersebut tidak kesampaian dan sehingga…