Aston Martin DBX707, Valkyrie dan DBS Volante kini tersedia di dalam PUBG Mobile

oleh Danial Yasin Suhaimi|
PUBG MOBILE, salah satu permainan mudah alih paling popular di dunia telah mengumumkan kerjasama baharu dengan pengeluar kereta sukan mewah, Aston Martin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kerjasama baharu itu akan menyaksikan tiga model Aston Martin diperkenalkan ke dalam PUBG MOBILE, disediakan dengan skema warna eksklusif untuk permainan mudah alih tersebut.

Pemain kini berpeluang menggunakan tiga model ikonik Aston Martin, iaitu SUV DBX707 dengan warna Quasar Blue atau Neon Purple, Valkyrie dengan warna Luminous Diamond dan Racing Green, serta DBS Volante dengan warna Black-Bronze Satin, Celestial Pink dan satu lagi warna rahsia untuk ditemui oleh pemain.

Menariknya, Aston Martin DBS Volante menjadi model kereta convertible pertama yang ditampilkan dalam PUBG MOBILE, dimana ia turut menampilkan mekanisme bumbung buka dan tutup.

Kemaskini kolaborasi PUBG MOBILE x Aston Martin kini boleh dimuat turut melalui App Store dan Google Play Store.