Aston Martin KL lancar DBS Superleggera, Vantage edisi khas

oleh Mohamad Hanif|
Aston Martin Kuala Lumpur baru-baru ini melancarkan dua buah model edisi khas khusus untuk pasaran Malaysia, iaitu DBS Superleggera dalam warna Pentland Green, dan Vantage Dark Knight Edition.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Aston Martin DBS Superleggera Pentland Green

dbs superleggera


Jentera produksi terpantas Aston Martin DBS Superleggera berkuasa 715 hp yang mampu mencapai 340 km/j itu kini didatangkan dalam salah satu warna khusus daripada koleksi Q Heritage Palette Collections, Pentland Green, salah satu daripada variasi warna British Racing Green.

 

 


Ia turut menampilkan kombinasi penggunaan bahan premium seperti kulit Copper Tan, jahitan Sahara Tan, headliner Sahara Tan Alcantara, dan bahan Alcantara yang boleh diserikan dengan pakej Satin Silver Jewellery Pack untuk penambahan unsur kemewahan.

Selain daripada itu, DBS Superleggera ini turut menampilkan penggunaan brek seramik karbon sebagai ciri standard, dan rim tempa bersaiz 21 inci serba baharu yang menyumbang kepada pengurangan berat badan sebanyak 70 kg berbanding DB11.
 

super leggra


Pakej kustomisasi yang ditawarkan ini tertakluk kepada jaminan selama tiga tahun, Aston Martin Extended Warranty 24 bulan, dan program servis berjadual selama lima tahun untuk ketenangan minda para pemilik baharu.

Harga jualan untuk Aston Martin DBS Superleggera bermula dari RM1,228,000 sementara DBS Superleggera dengan warna Pentland Green itu tadi bermula dari RM1,450,000, tidak termasuk duti dan cukai yang berkaitan.

 

 


Aston Martin Vantage Dark Knight Edition


Sebuah lagi model yang diperkenalkan adalah Aston Martin Vantage Dark Knight Edition.

Ciri yang didatangkan pada jentera Vantage ini adalah Exterior Black Pack dengan penampilan warna hitam matte pada beberapa bahagian seperti gril hadapan, kemasan pada paip ekzos, side sills, perumah cermin sisi, bumbung, diffuser belakang, serta unit lampu belakang dengan efek asap.

 


Antara opsyen baharu yang ditawarkan termasuklah sayap Aston Martin Machined Carbon Fibre depan dan belakang yang dikemaskan dengan skrip Machined Carbon Fibre 'Aston Martin' pada decklid belakang.

Selain daripada itu, opsyen lain adalah penggunaan brek seramik karbon (CCB) yang lebih ringan, mampu beroperasi secara optimum pada suhu yang tinggi, dan direka untuk bertahan daripada sebarang brake fade sehingga 800+ darjah.

Silinder utama dan booster juga turut dipertingkatkan, selain mengurangkan jarak pergerakan pedal brek untuk memastikan pemanduan yang lebih responsif dan lebih meyakinkan.

 


Set rim Lightweight forged bersaiz 20 inci memberikan penampilan Vantage Dark Knight Edition ini lebih sporti.

Ruang dalaman pula menampilkan penggunaan kulit Caithness, dan bahan tulen Alcantara, serta penampilan tona hitam Metalic Black, kulit Dark Knight, trim Satin Carbon Fibre, dan Dark Chrome Interior Jewellery.

Aston Martin Vantage yang dikuasakan oleh enjin V8 turbo berkembar 4.0 liter AMG (510 PS/685 Nm) ini dijual pada harga bermula dari RM678,000 tidak termasuk cukai dan duti.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebanyak 499 unit sahaja yang akan diproduksikan, di mana 300 terdiri daripada model coupe dan 199…
Berita Global
Model Vantage dan DBS Superleggera 007 Editions ini boleh didapati dalam unit terhad, dan kedua-…
Berita Global
Hanya 10 unit sahaja yang akan ditawarkan, dan model edisi terhad ini bertujuan untuk meraikan…