Aston Martin hari ini mengumumkan penyertaannya sebagai penaja pasukan Red Bull Racing dari tahun 2018.
Ini adalah pengumuman bersejarah kerana syarikat kereta sports jenama Britain itu akan juga bekerjasama untuk menghasilkan kereta terbaharu Aston Martin yang dinamakan Valkyrie.
Pembinaan Valkyrie akan dibuat di Advanced Performance Centre, sebuah tempat baharu kepunyaan Red Bull di Milton Keynes yang akan menjadi pusat pembinaan kenderaan-kenderaan berinovasi tinggi hasil kerjasama kedua-dua jenama terkenal ini.
Tiada kenyataan rasmi samada Aston akan membekal enjin F1 tetapi terdapat ura-ura yang mereka berminat untuk menyumbang kepakaran mereka pada musim F1 tahun 2021.