Aston Martin V8 Vantage V550, lahir 1993, kuasa luar biasa, 6 kelajuan manual, RWD

oleh Muhammad Md Tajudin|
Aston Martin V8 Vantage V550
Aston Martin V8 Vantage V550
Pada tahun 1993 sekumpulan pelanggan Aston Martin mula menerima kereta yang ditempah dan juga kereta super sejati pada masa itu.

Kereta yang dimaksudkan ialah Aston Martin V8 Vantage V550 yang diperkenalkan pada Pameran Kenderaan British 1992.

Enjin 5,340 cc V8 quad cam menghasilkan 550 bhp dan 746Nm pada 4,000 rpm. Boleh dibayangkan betapa menggilanya kuasa dan tork enjin pada masa itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Aston Martin V8 Vantage V550

 

Kuasa itu 220 bhp lebih tinggi berbanding Virage yang digantikan dan menariknya menggunakan enjin sama.

Tiada rahsia, Enjin V550 dipasang dua buah supercas Eaton M90! Kuasa tinggi namun V550 mempunyai berat 1,990 kilogram (kg).

Tidak menjadi masalah, pecutan dari 0 sehingga 97 kilometer sejam (km/j) hanya perlu 4.6 saat dan kelajuan maksimum mencecah 299 km/j.

 

Aston Martin V8 Vantage V550

 

Ada lagi, segala kuasa dan ketangkasan tersebut disalur pada roda belakang melalui kotak gear manual enam kelajuan. 

Pembeza gelinciran terhad (LSD) jenis mekanikal membantu dari segi cengkaman. Sekali lagi diingatkan, V550 lahir pada awal 90-an.

Dari segi ukuran, coupé 2+2 ini mempunyai panjang 4,745 milimeter (mm), lebar 1,944 mm dan jarak roda 2,610 mm.

 

Aston Martin V8 Vantage V550

 

Saiz tersebut besar pada hari ini dan lebih besar berbanding standard kereta super pada zamannya. 

V550 adalah hasil karya pereka Ken Greely dan John Heffernan dan mereka menggunakan pendekatan 'more is more' kepada kemewahan.

Dari depan boleh dilihat enam lampu utama yang disimpan di dalam bekas kaca dengan fungsi pemanas. 

 

Aston Martin V8 Vantage V550

 

Sekali pandang Vantage dilihat seperti salinan semula Virage namun hanya beberapa panel aluminium yang diguna semula.

Selain lampu depan dan belakang, Vantage menggunakan jeriji dan bampar tersendiri. Sejumlah liang dan saluran udara membantu menyejukkan enjin dan brek.

Berbekalkan kuasa tinggi, brek mempunyai tugas berat dan Vantage dilengkapi brek paling besar untuk sebuah kereta produksi pada masa itu.

 

Aston Martin V8 Vantage V550

 

Cakera depan berukuran 362 mm dengan angkup AP empat omboh dan 310 mm di belakang. Sistem ABS Bosch empat saluran menjadi perkakasan standard.

Melitupi cakera brek yang besar ialah rim aloi 18 inci dengan tayar 284/45.

Pada bahagian dalam, V550 tampil mewah dengan karpet dari Wilton dan kulit dari Conolly. Riasan kayu mendominasi dan bukan gentian karbon. 

 

Aston Martin V8 Vantage V550

 

Stereng menyimpan beg udara dan pertama untuk model Aston Martin. Dua kerusi depan mempunyai larasan elektrik.

Berbekalkan kuasa tinggi dan kemewahan, V550 menjadi ikon kereta sport British.

Harga? Sekitar 177,000 pound atau bersamaan 440,000 pound (RM2,530,583) pada hari ini.

 

Aston Martin V8 Vantage V550

 

Dikeluarkan dari 1993 sehingga 1999 hanya 239 buah V8 Vantage V550 dihasilkan dan layak untuk menjadi objek 'rare'.

Menariknya, kereta ikonik ini masih lagi diselenggara, dibaiki dan dibaik pulih oleh Aston Martin Works.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Aston Martin V8 Vantage V550