Aston Martin Vantage F1 Edition - 528 hp/685 Nm, warna Aston Martin Racing Green, dari RM808k

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai menyambut kepulangan Aston Martin ke sukan perlumbaan Formula One, pengeluar automotif jenama British itu melancarkan model Vantage F1 Edition yang merupakan versi yang memfokuskan kepada prestasi dalam litar.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Aston Martin Vantage F1 Edition (sama ada bentuk coupe atau roadster) dikatakan menerima input secara terus daripada CEO baharu Tobias Moers yang sebelum ini memegang jawatan sebagai CEO Mercedes-AMG.

 


Dari segi kuasa, ia mendapat enjin V8 4.0 liter turbo berkembar daripada Mercedes-AMG yang mampu menghasilkan 528 kuasa kuda dan 685 Nm, dengan kebanyakan kuasa boleh dicapai menerusi julat putaran enjin yang lebih luas.

Selain daripada peningkatan kuasa sebanyak 25 hp, Vantage F1 Edition ini turut mendapat talaan kepada casis, terutama di bahagian hadapan bagi menambahbaik respon dan pengendalian stereng, sementara talaan di bahagian belakang membantu jentera ini memasuki selekoh dengan lebih tajam.

Sistem transmisi automatik lapan kelajuan juga turut diusik bagi mengoptimasikan pengedaran kuasa yang lebih terus dan jitu, namun pecutan 0-96 km/j masih kekal pada angka 3.5 saat (Coupe) dan 3.6 saat (Roadster).

 


Sistem gantungan turut mendapat tetapan semula kepada peredam untuk kawalan badan yang lebih baik tanpa mengorbankan keselesaan ketika pemanduan kelajuan rendah.

Tayar Pirelli membaluti keempat-empat rim bersaiz 21 inci (berbanding rim 20 inci pada model Vantage standard).

Untuk memastikan prestasi di dalam litar tidak terjejas, Aston Martin telah memasang kit aero merangkumi splitter hadapan, dive plane hadapan, underbody turning vane, dan sayap belakang yang mampu menjana 200 kg daya turun tambahan, sementara brek seramik karbon pula ditawarkan sebagai opsyen pada model coupe.

 


Tema F1 diteruskan dengan penawaran warna edisi terhad, termasuklah warna Aston Martin Racing Green yang sama dilayangkan pada kereta keselamatan F1 untuk tahun ini serta jentera lumba Aston Martin 2021.

Kemasan bahagian ruang kabin pula didatangkan dengan balutan kulit hitam, Alcantara kelabu dengan opsyen jahitan kontras lime green, hitam, kelabu atau merah.

Harga jualan untuk Aston Martin Vantage F1 Edition ini bermula dari £142,000 (RM808 ribu).

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Kini, unit pertama untuk pasaran Malaysia sudah pun mendarat dan boleh dilihat dengan lebih dekat…