Atasi masalah banjir di LPT1 - projek pengurusan banjir akan bermula 1 Oktober

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Seringkali pada musim tengkujuh, banjir merupakan bencana yang pasti melanda terutama di kawasan-kawasan rendah, samada di kawasan bandar, luar bandar serta lebuhraya.


Sejak kebelakangan ini, banjir yang terjadi di lebuhraya amat menyulitkan terutama apabila ingin menyampaikan bantuan ke kawasan terlibat yang terputus hubungan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Sebagai langkah berjaga-jaga serta menaiktaraf kawasan-kawasan yang seringkali terlibat, Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), ANIH Berhad dijangka akan memulakan kerja-kerja fasa satu projek pengurusan banjir di LPT1 bermula 1 Oktober ini.


Menurut Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad, Radzimah Mohd Radzi, beberapa langkah telah diambil bagi memastikan kelancaran projek itu termasuk menjalankan kajian banjir secara terperinci dan komprehensif di sepanjang LPT1.

Menurutnya lagi bagi mengurangkan risiko kejadian banjir daripada berulang, kajian akan mengenal pasti komponen tebatan banjir yang boleh dilaksanakan.

Projek ini dijangka mengambil masa dua tahun dan melibatkan 11 kawasan kritikal sepanjang LPT1. 


"Ia adalah sebahagian komitmen berterusan syarikat dan kerajaan bagi mempertingkatkan tahap keselesaan serta keselamatan pengguna LPT1 terutamanya di musim tengkujuh," kata Radzimah dalam satu kenyataan pada Selasa.


Fasa pertama akan melibatkan jaringan di Kilometer (KM) 124 berhampiran Temerloh dan dijangka mengambil masa selama 12 bulan.


Berikutan itu, laluan kecemasan arah ke Kuala Lumpur di lokasi itu akan ditutup selama enam bulan bermula Oktober ini hingga April 2023 manakala laluan kecemasan arah ke Kuantan pula akan ditutup bermula Mei sehingga November 2023.


Laluan kontra juga akan diadakan di kawasan terbabit bagi memastikan impak lalu lintas berada pada tahap minimum sepanjang tempoh tersebut.


Info lanjut boleh didapati di laman sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia/ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik dan Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT – Line di 1-700-818- 700 untuk maklumat lanjut, tepat dan terkini.

 

 

 

Sinar Harian
 

Berita Berkenaan

Informasi
Sejarah sebalik jambatan ini adalah ia hasil inovasi seorang jurutera tentera British semasa Perang…
Berita Domestik
Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Pahang, Ahmad Azlan Abu Bakar berkata, rakyat cukup sengsara…
Informasi
"Saya menyeru kepada penduduk yang terjejas dan orang ramai yang ingin memasuki bandar Kota Tinggi…