Audi A6 Avant: Wagon enjin petrol 204PS & diesel MHEV 204PS/400Nm

oleh Muhammad Md Tajudin|
Audi A6 Avant
Audi A6 Avant
Perang wagon Jerman terus membara dengan pengenalan Audi A6 Avant generasi keenam (C9). 

Sebagai wagon Audi, perwatakan jahat didatangkan bersama di dalam reka bentuk. 

Di sebalik gaya jahat, badan A6 Avant sebenarnya lebih lembut dan beralun berbanding rekaan bergaris dan berkotak sebelum ini.

Model ini dibina berdasarkan Premium Platform Combustion (PPC) dan sama seperti Q5 dan A5 baharu. 
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025
Audi A6 Avant

 

Di antara ciri yang menonjolkan rupa jahat A6 Avant adalah jeriji bingkai tunggal (singleframe) dan lampu yang langsing.

Bukaan depan yang ternganga luas seperti jerung yang sedia untuk membaham mangsa.

Bahagian sisi yang lembut dicorakkan tiga garis sisi dinamik. Satu lagi perubahan ketara pada pemegang pintu rata untuk lebih aerodinamik dan moden.

Lampu belakang yang nipis turut menyerlahkan riak sinis wagon ini.

 

Audi A6 Avant

 

A6 Avant tampil istimewa dengan Edition 1 dan warna Madeira Brown mengingatkan kepada Proton Persona.

Tidak sangka, warna coklat boleh nampak jahat seperti Nardo Grey yang dibuat Audi sebelum ini. Selain coklat, ada sepuluh lagi warna luaran termasuk pilihan baharu Midnight Green.

Pilihan rim dari saiz 18 hingga 21 inci mengikut varian standard, S Line, Edition 1 atau pilihan pembelian.

A6 Avant Edition dibezakan dengan cermin sisi hitam, jeriji hadapan gelap dan kemasan tingkap hitam.

 

Audi A6 Avant

 

Selain rekaan jahat, A6 Avant bagus dari segi aerodinamik. Pekali seretan (Cd) 0.25 meletakkan A6 Avant sebagai model terbaik Audi untuk enjin pembakaran.

Audi menerapkan banyak ciri aerodinamik seperti tirai udara, pengambilan udara sejuk terkawal dan panel aerodinamik belakang.

Pengurangan bunyi turut diberi perhatian dengan penebat dipertingkatkan sebanyak 30 peratus dan menariknya berat bahan hampi seperti sebelum ini.

Sesendal cagak enjin dan kotak gear baharu menjadikan pemanduan lebih lancar dan senyap.

 

Audi A6 Avant

 

Dari segi ruang, ukuran panjang A6 Avant bertambah 60 milimeter (mm) kepada 4,999 milimeter dan jarak roda 2,927 mm.

Sebagai sebuah wagon, penumpang boleh memanfaatkan ruang but 503 liter dan boleh dibesarkan sehingga 1,534 liter.

Audi turut menggunakan bahan mampamn seperti fabrik Cascade dan mikrofiber Dinamica yang diperbuat daripada poliester kitar semula.

Pintu jenis tutup lembut selari dengan kedudukan mewah yang dibawa.

 

Audi A6 Avant

 

Pemandu dan penumpang diberikan skrin panoramik Audi MMI dengan teknologi OLED. Dua skrin disediakan Kokpit Maya 11.9 inci dan MMI 14.5 inci. 

Pemandu juga menikmati maklumat dari papar pandu (HuD) yang ditawarkan sebagai pilihan. 

Pakej Sound & Vision turut menawarkan Sistem Bunyi Bang & Olufsen 3D

A6 Avant menggunakan sistem operasi Android Automotive untuk sistem maklumat hibur dan turut dilengkapi ChatGPT.

 

Audi A6 Avant

 

Terdapat dua pilihan enjin 2.0L turbo empat silinder dengan sistem hibrid ringan (MHEV) Plus untuk varian diesel.

Varian Petrol (2.0 TFSI):

  • 204PS, 340Nm.

  • 0-100km/j dalam 8.3 saat, kelajuan maksimum 240 km/j.

  • Pacuan roda hadapan, transmisi 7-kelajuan S tronic.

Varian Diesel MHEV (2.0 TDI quattro):

  • 204PS, 400Nm.

  • 0-100km/ j dalam 7.0 saat, kelajuan maksimum 238 km/j.

  • Teknologi MHEV Plus dengan sistem 48V, pacuan semua roda quattro.

  • Boost tambahan hingga 24 ps untuk pecutan lebih lancar.

  • Sistem Pemulihan Tenaga Brek sehingga 25 kW meningkatkan kecekapan bahan api.

  • Sistem Brek Kawalan Terpadu (iBRS) – Menggabungkan brek regeneratif dan brek geseran dengan kawalan elektrohidraulik untuk tindak balas lebih pantas dan cekap.

  • Suspensi Udara Boleh Suai – Menaikkan badan kenderaan hingga 20 mm atau menurunkan 30mm.

  • Pembelokan semua roda – Membantu kestabilan dan kawalan pada kelajuan tinggi.

Audi A6 Avant

 

Dari segi keselamatan dan Bantuan Pemandu, A6 Avant dilengkapi Kawalan Pandu Boleh Suai, Pengecaman Papan Tanda Jalan, Amaran Penukaran Lorong dan banyak lagi.

Audi A6 Avant akan dipasang di kilang Neckarsulm, Jerman, yang turut menghasilkan model Audi A5 baharu. 

Harga di United Kingdom bermula dari 52,510 pound (RM299,450) bagi varian TFSI 204PS Sport dan 64,480 pound (RM367,711) untuk varian teratas TDI quattro 204PS Edition 1.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Audi A6 Avant

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jadi, dalam banyak-banyak model Avant yang pernah ditala oleh ABT sebelum ini, model Audi A6…
Berita Global
Masih terdapat banyak pilihan di dalam pasaran yang boleh dilihat bagi mereka yang masih mahukan…