Audi Activesphere Concept - separa sedan coupe, separa trak pikap

oleh Mohamad Hanif|
Setelah memperlihatkan tiga buah model konsep sebelum ini iaitu Urbansphere, Grandsphere dan Skysphere, Audi membawakan sebuah lagi model konsep - kali ini menggandingkan dua kenderaan menjadi satu pakej yang agak unik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Audi Activesphere Concept membawakan reka bentuk sedan coupe empat pintu dengan jarak kelegaan tanah yang tinggi, dan boleh bertukar menjadi sebuah trak pikap (dengan dimensi bed yang kecil) pada bila-bila masa.

Baca: Audi Grandsphere Concept

Baca: Audi Skysphere Concept

Baca: Audi Urbansphere Concept

Kedengaran aneh bukan?
 

Audi


Ini kerana rekaan tingkap kaca pada bahagian belakang boleh dinaikkan ke atas bumbung yang membolehkan ruang tersebut diubah menjadi bed belakang trak pikap.

Menurut Audi, bahagian tersebut boleh digunakan untuk membawa dua buah e-bike atau kelengkapan sukan, sementara bahagian bumbung pula boleh diletakkan barangan ski.
 

Activesphere


Activesphere ini sangat sesuai dijadikan sebagai kenderaan gaya hidup aktif, terima kasih kepada rim 22 inci yang dibaluti tayar off-road ringan, jarak kelegaan tanah setinggi 208 mm dan boleh direndahkan kepada 168 mm yang mampu menyumbang kepada aspek pengendalian dan aerodinamik yang lebih baik.

Disebabkan ia sebuah kenderaan elektrik, Audi Activesphere mampu menawarkan ruang dalaman yang jauh lebih luas, dibantu dengan bukaan pintu suicide dan ketiadaan tiang B.

Apabila mod pemanduan autonomi diaktifkan, papan pemuka beserta dengan pedal dan stereng akan disembunyikan, menjadikan ruang hadapan pemandu dan penumpang hadapan yang jauh lebih luas.
 

Audi


Selain daripada melihat persekitaran menerusi cermin hadapan, penumpang baris depan juga boleh melihat keadaan jalan di depan menerusi rekaan jeriji yang telus.

Satu lagi ciri unik ada pada Activesphere adalah ketiadaan skrin paparan.

Benar, ia sebenarnya digantikan dengan konsep dimensi realiti campuran yang boleh dinikmati menerusi sepasang kaca mata khas.
 

Audi


Selain daripada mengawal pelbagai fungsi di dalam kenderaan dan mengubah apa jua permukaan menjadi 'skrin sentuh', pengguna juga boleh terus memakai kaca mata itu diluar kenderaan untuk mengakses fungsi realiti terimbuh dalam dunia sebenar.

Audi Activesphere Concept dibangun menggunakan pelantar PPE, dengan ukuran dimensi sepanjang 4.98 meter, lebar 2,07 meter, tinggi 1.60 meter dengan jarak antara roda sepanjang 2.97 meter.
 

Audi


Sistem gantungan pula terdiri daripada sistem suspensi udara five-link dengan peredam adaptif untuk kedua-dua gandar.

Ia dipadankan dengan dua motor elektrik yang mampu menjana kuasa setinggi 436 hp dan 720 Nm, sistem pacuan semua roda, dan pek bateri 100 kWh yang membenarkan jarak gerak melebihi 600 km.

Audi Activesphere menyokong pengecasan pantas sehingga 270 kW, di mana pek bateri boleh dicas dari lima hingga 80 peratus dalam tempoh kurang 24 minit.
 

Audi


Jadi, dengan kehadiran pelbagai ciri yang unik (maaf cakap, lebih unik berbanding Tesla Cybertruck), adakah Audi Activesphere Concept ini bakal direalisasikan kelak?

 

Audi Activesphere Concept
Audi Grandsphere Concept
Audi Skysphere Concept
Audi Urbansphere Concept