Audi bakal hadir dengan model RS E-Tron GT, konfigurasi motor elektrik berkembar!

oleh Mohamad Hanif|
Bagi mereka yang meminati kereta elektrik berprestasi tinggi macam Porsche Taycan, akan tetapi bajet yang diperuntukkan tidak mencukupi, usah risau.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana sebuah lagi jenama premium Jerman, Audi diberitakan bakal hadir dengan sebuah EV berprestasi tinggi di bawah subjenama RS, iaitu Audi RS e-Tron GT.

Lebih menarik lagi, model RS e-Tron GT itu disahkan akan menggunakan trenkuasa dua motor elektrik (sama seperti Taycan Turbo S), dengan angka output menghampiri 600 hp dan disokong fungsi Overboost yang mampu melonjakkan angka output kepada 637 hp dan 830 Nm.

 


Sedikit kurang kuasa berbanding Taycan Turbo, walaupun ia mempunyai kapasiti bateri yang serupa, iaitu 83.7 kWh.

Selain daripada itu, Audi RS e-Tron GT akan dilengkapi dengan kotak gear dua nisbah kelajuan, di mana nisbah pertama membolehkan anda memecut sehingga 80 km/j sebelum memasuki nisbah yang kedua, dengan kelajuan tertinggi dihadkan kepada 250 km/j.

Pecutan 0-100 km/j boleh dicapai dalam masa bawah 3.5 saat!

 


Hal ini disahkan menerusi satu acara media yang dijalankan bagi menguji prototaip RS e-Tron GT baru-baru ini, dan ia juga turut melibatkan kehadiran pelumba Formula E Lucas di Grassi.

Menurut beliau, "kereta ini (RS e-Tron GT) sangat menyeronokkan, apa yang saya sukakan adalah pengendaliannya, selain menawarkan kadar keselesaan yang baik.

Tambah beliau lagi, kadar cengkaman kereta dan kejituan ketika mengambil selekoh adalah amat impresif dan prestasi brek juga mudah dikawal dengan baik.

 


Audi bakal melancarkan model RS e-Tron GT dalam masa terdekat sebelum memulakan penjualannya pada musim bunga tahun hadapan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Difahamkan, Audi Malaysia akan mempamerkan barisan model e-tron yang terkini di Centre Court, Level…
Model Terbaharu
Pelanggan Audi yang berminat boleh mendapatkan model SUV Q8 e-tron SUV atau versi Sportback dengan…
Berita Global
Siri video yang terbahagi kepada enam bahagian itu bakal menampilkan sebuah Audi RS e-Tron GT yang…