Audi e-tron GT 2025, RS GT performance model pengeluaran Audi paling berkuasa!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Audi RS e-tron GT performance
Audi RS e-tron GT performance
Mereka yang pernah melihat Audi e-tron GT secara berdepan dapat menyaksikan fizikalnya yang leper, rendah, lebar dan panjang.

Reka bentuk e-tron GT membawa takrifan grand touring puluhan tahun dulu.

Duduk di dalam pula rasa seperti hendak terus menekan injak di kaki bagi menikmati kuasa elektrik.

Sejak diperkenal pada 2021, e-tron GT quattro menduduki takhta model andalan elektrik dan sporti di dalam barisan produk Audi.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

 

 Audi S e-tron GT 2025

 

e-tron GT juga ditawarkan di pasaran tempatan dan dijual daripada RM588,000.

Terbaru Audi memperkemaskan penawaran e-tron GT dengan S e-tron GT sebagai model asasl dan memperkenalkan varian berprestasi RS e-tron GT dan RS e-tron GT performance.

Audi S e-tron GT tampil anggun dan sporti. Bampar depan tampil garang namun lebih garang pada RS e-tron GT. 

Bampar belakang juga berbeza pada kedua-dua model.

 

 Audi e-tron GT 2025

 

Audi RS e-tron GT performance merupakan model berprestasi RS elektrik penuh yang pertama. 

Berbeza daripada RS e-tron GT, varian ini tampil dengan bumbung karbon kusam dan pilihan karbon penyamaran.

Nampak macam keluar dari kedai balutan kereta? Bukan dan ciri pertama dari Audi dan dikhususkan untuk RS performance.

Karbon samaran diguna pada sepit ketam, pintu, peresap dan perumah cermin sisi.

 

Audi RS e-tron GT performance 2025

 

Audi turut memperbaharui penawaran rim dengan pilihan 20 inci ditawarkan untuk S e-tron GT. 

Model RS pula mempunyai dua rim enam bilah berkembar. Rim 21 inci mengingatkan kepada rim Avus yang diperkenal pada 1991 melalui Audi Avus quattro.

Bahagian dalam turut berubah dengan kerusi, stereng, pelapik ambang pintu dan kandungan digital rekaan baharu selain suluhan ke permukaan jalan dari pintu.

e-tron GT menggunakan stereng rata bawah dan atas manakala model RS dilengkapi dua butang merah pada kanan dan kiri.

 

Audi RS e-tron GT 2025

 

Kokpit maya Audi kini menyediakan maklumat baharu tentang suhu bateri dan menunjukkan kuasa pengecasan maksimum yang mungkin dalam masa nyata

RS e-tron GT menggunakan paparan khusus untuk RS di antaranya paparan dan meter kelajuan putih (GT performance).

Paparan itu  penghormatan kepada Audi RS 2 Avant 1994 dengan latar belakang warna putih. 

Audi turut menawarkan bumbung panoramik dengan teknologi polymer-dispersed liquid crystal (PDLC) yang bertukar dari telus cahaya kepada kabur.

 

Audi S e-tron GT 2025

 

Perkakasan elektrik dan pengecasan

  • Motor magnet kekal segerak (PSM) pada gandar depan S e-tron GT dan RS e-tron GT memiliki kuasa 176 kW (239 ps) setiap satu
  • RS e-tron GT menggunakan elektronik yang diubah suai pada gandar depan dengan penyongsang nadi (pulse inverter) yang diteliti semula untuk arus nyah cas lebih tinggi
  • Motor PSM baharu pada gandar belakang
  • Motor elektrik berkuasa 415 kW (564 ps) setiap satu
  • Motor elektrik pada gandar belakang 10 kg lebih ringan
  • Aci pacu diperkukuh untuk pembahagian kuasa yang lancar
  • Penelitian semula pada elektronik yang berperanan untuk pembahagian pacuan semua roda
  • Bateri voltan tinggi (HV) lebih ringan dengan ketumpatan tenaga lebih tinggi
  • Berat bateri turun 9 kg kepada 625 kg, kapasiti penyimpanan 105 kWj (97 kWj bersih)
  • Tenaga yang ditawarkan dari pembrekan regeneratif ditingkatkan dari 290 kepada 400 kW
  • Arus pengecasan dan nyah cas maksimum ditingkatkan kepada 400 amp
  • Sistem pengecasan rekaan baharu 2.3 kg lebih ringan
  • Kuasa pengecasan maksimum ditingkatkan kepada 320 kW
  • Pengecasan pantas 10 sehingga 80 peratus dalam masa 18 minit
  • Sistem pengurusan terma terdiri daripada empat litar penyejukan yang dioptimumkan, mengekalkan bateri perkakasan sistem pemanduan pada suhu bersesuaian
Audi RS e-tron GT performance 2025
Audi RS e-tron GT performance 2025

 

Kuasa dan prestasi

  • Kuasa: 500 kW/680 ps (S e-tron GT), 630 kW/856 ps (RS e-tron GT), 680 kW/925 ps (RS e-tron GT performance)
  • RS e-tron GT performance model pengeluaran Audi paling berkuasa
  • 0 - 100 km/j: 3.4 saat (S e-tron GT), 2.8 saat (RS e-tron GT), 2.5 saat (RS e-tron GT performance)
  • Kelajuan tertinggi: 245 km/j (S e-tron GT), 249 km/j (RS)
  • Fungsi lonjakan (boost) untuk RS e-tron GT dan performance dengan kuasa 70 kW (95 ps) selama 10 saat
  • Brek baharu dan lebih besar dengan angkup hitam dan cakera besi untuk S e-tron GT
  • RS e-tron GT menggunakan brek cakera lapisan tungsten lapisan karbida
  • Cakera brek karbon untuk RS e-tron GT performance dengan angkup 10 omboh
Audi RS e-tron GT 2025

 

Pemanduan dan pengendalian

  • Ampaian udara baharu dengan teknologi dua kebuk dua injap
  • Empat mod; efficiency, comfort, dynamic dan invidual
  • Mod RS1 dan RS2 untuk varian RS
  • Mod performance khusus untuk RS e-tron GT performance
  • Ampaian menetapkan badan kereta hampir 'melintang' semasa pemanduan berprestasi (pembrekan, pembelokan dan pecutan)
  • Ampaian aktif memastikan cengkaman yang cemerlang dengan pembahagian beban roda yang seimbang 
  • Ampaian aktif meneutralkan gegaran badan semasa pemanduan biasa
  • Ketinggian kereta boleh dilaras sebanyak 55 mm kepada 77 mm dalam masa beberapa saat sahaja
  • Sistem pembelokan semua roda (all-wheel steering) yang dipertingkatkan

Siri e-tron GT mula ditawarkan kepada pengguna di Eropah pada Ogos 2024.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Audi RS e-tron GT 2025

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Terdiri daripada model SUV, sportback dan coupé empat pintu, rangkaian e-tron dibina khas dengan…
Berita Global
Mengelirukan, bukan? Ini kerana model SUV elektrik pertama yang dilancarkan pada tahun 2018 itu…
Berita Domestik
Selain daripada model-model SUV dan wagon Audi, Weststar Motor turut menyelitkan sebuah model e-…