Audi lancar logo empat cincin baharu, penampilan dua dimensi

oleh Mohamad Hanif|
Tidak ramai yang perasan (termasuk penulis) apabila Audi baru-baru ini turut memperkenalkan kemaskini logo baharu pada keluarga SUV elektrik Q8 e-tron.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Mengikut jejak langkah kebanyakan pengeluar, Audi memulakan penggunaan rekaan dua dimensi yang jauh lebih ringkas pada logo empat cincin mereka.

Logo dua dimensi itu memberikan imej yang lebih moden, di mana ia mempunyai latar belakang berwarna hitam sebelum dikontraskan dengan cincin berwarna putih.

Kesemua varian logo yang akan digunakan pada masa depan mempunyai penampilan dua dimensi yang sama, tidak kira di dalam majalah, peranti pintar, papan iklan atau pada kenderaan Audi, menurut pereka Andre Georgi.
 

audi


Jelasnya, "rekaan dua dimensi baharu ini memberikan logo empat cincin kami penampilan yang lebih moden dan grafik, walaupun geometri asasnya adalah hampir sama dengan logo terdahulu.

Lebih menarik, Audi mahukan logo baharu itu bebas daripada sebarang elemen krom, satu anjakan besar memandangkan sebelum ini Audi lebih dikenali dengan logo krom.

Selain logo baharu, kesemua model masa depan Audi akan menggunakan fon huruf eksklusif Audi Type.

Sebelum ini, beberapa pengeluar seperti Volkswagen, BMW, Nissan, Skoda, Kia, Peugeot serta GMturut memperkenalkan logo baharu dengan penampilan dua dimensi yang jauh lebih ringkas untuk disesuaikan di dalam pemasaran era digital.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula itu melibatkan 2,297 unit kenderaan, terdiri daripada model Audi Q5, A5 Cabriolet…
Berita Global
  Buat kali pertama dalam siri A3, pemandu boleh menukar lampu nyalaan siang (DRL) digital dengan…
Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…