Audi perlihat wagon elektrik A6 Avant e-tron concept - 469 hp, jarak gerak 700 km!

oleh Mohamad Hanif|
Biarpun kenderaan elektrik sudah banyak terdapat di pasaran, tidak banyak pengeluar yang mahu menawarkan bentuk badan station wagon/estate.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai sebuah pengeluar yang terkenal dengan beberapa model wagon yang pantas dan seksi, Audi nampaknya masih lagi mahu mengekalkan tradisi bentuk badan wagon  menerusi pengenalan model konsep A6 Avant e-tron.
 

Audi A6


Dibina berdasarkan model A6 Sportback e-tron Concept, A6 Avant e-tron ini membawakan garis bumbung yang lebih panjang ke belakang dan menariknya Audi juga akan memperlihatkan versi produksi yang sebenar menjelang 2024.

Bahasa rekaan EV Audi turut diasimilasikan dengan baik pada model wagon elektrik ini, dengan rekaan gril tertutup yang menampilkan corak yang agresif, diikuti rim bersaiz 22 inci dan bampar belakang dengan kehadiran diffuser.

Bahagian belakang itu juga menempatkan jalur lampu yang melintang disebalik struktur seakan spoiler tambahan, dan menurut Audi rekaan yang dibawakan itu dioptimasikan untuk tujuan aerodinamik.
 

A6


Dari segi dimensi, ia membawakan ukuran sepanjang 4.96 meter, lebar 1.96 meter dan tinggi 1.44 meter, dengan kadar pekali seretan serendah 0.24, sedikit tinggi berbanding kembar coupe empat pintu Sportback (0.22).

Audi A6 Avant e-tron Concept ini menggunakan platform Premium Platform Electric (PPE) dengan motor elektrik berkembar, dan angka output keseluruhan 469 hp dan 800 Nm.

Kapasiti bateri tidak dinyatakan, namun ia dianggarkan sekitar 100 kWh, di mana ia didatangkan dengan teknologi bateri 800 voltan, dan pengecasan pantas 270 kW yang membolehkan kapasiti bateri mencapai 80 peratus dalam tempoh 25 minit, atau pengecasan 10 minit untuk penambahan jarak sejauh 300 km.

Untuk pengecasan penuh, Audi A6 Avant e-tron ini mampu mencapai jarak sehingga 700 km!
 

A6


Audi merancang untuk melancarkan A6 Avant e-tron versi produksi pada tahun 2024.

Berita Berkenaan

Berita Global
VF Wild merupakan sebuah trak pikap saiz pertengahan dengan ukuran panjang 5,324 mm dan lebar 1,997…
Berita Global
Menurut laporan Autocar, pengarah program reka bentuk Nissan, Giovanny Arroba berkata sebahagian…
Model Terbaharu
Namun Honda dilihat kekal teguh sebagai sebuah syarikat yang mementingkan kepuasan petrolhead…