Audi, Porsche panggil kembali 32,000 model untuk selesaikan masalah penjajaran gandar belakang

oleh Mohamad Hanif|
Hanya kerana kesilapan prosedur yang dibuat pada kempen panggil semula (recall) yang terdahulu, Audi dan Porsche terpaksa memanggil kembali lebih 32,000 unit sedan, coupe dan SUV.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Laporan daripada laman Autoblog menyebut, kesemua unit yang terjejas merupakan unit yang sama tertakluk pada kempen pembaikan suspensi belakang yang terdahulu, di mana gandar belakang yang tidak dijajarkan semula selepas penggantian komponen suspensi akan mengakibatkan kehausan tayar pra-matang dan tidak sekata dan memungkinkan pengurangan daya cengkaman ke atas jalan raya.

Menurut Audi lagi, setiap kenderaan yang terjejas akan diperiksa semula penjajaran gandar belakang dan akan dibetulkan kembali menerusi kempen recall yang terbaharu.

Malah, Audi juga akan menggantikan tayar yang terjejas teruk akibat masalah penjajaran gandar belakang yang dialami itu tadi.

Kempen terbaharu ini merangkumi kebanyakan model Audi seperti A5 Sportback, RS5 Coupe, RS5 Sportback, S5 Sportback, A4 Allroad, A4 Sedan, A5 Cabriolet, A5 Coupe, A6 Allroad, A6 Sedan, A7, A8, Q5, S4 Sedan, S5 Coupe, S5 Cabriolet, S6 Sedan, S7, S8, SQ5, Q5 Sportback, Q7, Q8, RS6 Avant, RS7, RSQ8, SQ5 Sportback, SQ7, dan SQ8.

Sementara di pihak Porsche, hanya model Cayenne 2020-2021 sahaja yang terlibat di dalam kempen terbaharu ini.

Sumber: Autoblog

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kedua-dua kempen yang akan berakhir pada 31 Disember ini menawarkan penjimatan sehingga RM93,000…
Berita Domestik
Kempen ini terbuka kepada semua pemegang keahlian BHPetrol eCards dan sah bermula 1 Mac hingga 30…
Berita Global
Menerusi projek ini, AC Schnitzer mahu membuktikan tidak mustahil untuk melakukan modifikasi…