Audi R8 V10 Decennium sambut ulang tahun ke-10 penggunaan enjin V10

oleh Mohamad Hanif|
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Sudah 10 tahun khidmat nadi enjin bentangan V10 digunakan pada Audi R8, model kegemaran rakyat Malaysia dan untuk itu, Audi melancarkan edisi terhad baharu Decennium. 

Decennium, perkataan Itali yang membawa maksud dekad (10 tahun), dan Audi R8 V10 Decennium hanya ditawarkan dalam bentuk coupe dengan kemasan warna eksklusif Daytona Gray serta rim matte-bronze bersaiz 20 inci. 
 


Selain daripada itu, spoiler hadapan, side sills dan diffuser diberikan layangan warna hitam berkilat, manakal perubah cermin sisi pula diperbuat daripada gentian karbon berkilat.

Audi bukan sahaja memberikan perincian di bahagian luar, mereka juga turut memperincikan lagi kemasan di bahagian bay enjin dengan memberikan warna intake manifold dengan warna gangsa yang serupa. 
 


Memasuki ruang kabin, pemandu dan penumpang disajikan dengan penawaran warna hitam yang diselangi dengan elemen gentian karbin dan jahitan ala-ala berlian pada tempat duduk.

Jahitan kontras dalam warna kuprum ini juga boleh didapati pada roda stereng yang didatangkan dengan penanda pukul 12 berwarna hitam. 
 


Dari segi kuasa, tiada perubahan aspek teknikal dilakukan kepada enjin V10 aspirasi natural 5.2 liter ini dengan kuasa sekitar 611 hp dan daya kilas 580 Nm. 

Ia diterjemahkan kepada pecutan sepantas 3.1 saat dari 0-100 kmsj sebelum mencecah kelajuan maksimum 331 kmsj.

Audi R8 V10 Decennium ini hanya ditawarkan dalam 222 unit terhad sahaja dengan harga jualan bermula dari €222 ribu (RM1.029 juta). 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kumpulan terakhir R8 telah dilancarkan dari barisan pemasangan di kilang Audi Böllinger Höfe di…
Berita Global
Selepas melancarkan model V10 GT RWD pada tahun lepas, tiba giliran Audi Jepun untuk melancarkan R8…
Berita Global
Audi R8 GT Coupe 2010   Sebelum baca lebih jauh, bayangkan kereta ini pacuan roda belakang,…