Audi R8 V10 Performance RWD 2021 - versi aras mula, 562 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Audi telah mengemaskini penawaran barisan model R8 dengan menambah sebuah pendatang baharu yang dinamakan sebagai R8 V`10 Performance RWD.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Pengenalan varian baharu ini adalah untuk menggantikan penawaran model standard R8 V10 quattro dan model RWD yang terdahulu, sekaligus bertindak sebagai model aras mula untuk barisan R8 sedia ada.

Dari segi kuasa, Audi R8 V10 Performance RWD didatangkan dengan enjin 5.2 liter V10 FSI yang mampu menghasilkan 562 kuasa kuda dan 550 Nm, peningkatan sebanyak 30 hp dan 10 Nm berbanding model R8 RWD yang terdahulu.
 

Audi


Kuasa hanya disalurkan kepada roda belakang menerusi transmisi automatik S tronic tujuh kelajuan serta dibantu dengan LSD mekanikal.

Pecutan 0-100 km/j hanya mengambil masa sekitar 3.7 saat (3.8 saat untuk versi Spyder), sementara kelajuan tertinggi pula adalah 329 km/j (327 km/j untuk versi Spyder).

Selain daripada itu, model pacuan roda belakang ini turut menampilkan tetapan ESC yang telah dikalibrasi semula, di mana anda boleh menikmati pemanduan drift yang lebih terkawal di dalam mod pemanduan Sport.
 

R8


Model R8 V10 Performance RWD ini juga turut dilengkapi dengan sistem stereng Audi Dynamic Steering yang mengubah kadar nisbah stereng bergantung kepada mod pemanduan dan kelajuan bagi menawarkan kestabilan pengendalian yang diperlukan.

Dari segi rupa luaran, model aras mula ini menampilkan ciri yang sama dibawakan pada model-model Performance yang lain, seperti contoh gril hadapan dalam warna matte black, splitter hadapan yang besar, serta tip ekzos berbentuk oval.
 

Audi


Sementara ruang kabin pula menempatkan tempat duduk sports balutan kulit nappa, skrin instrumen digital 12.3 inci, serta slot pengecasan peranti pintar nirwayar.

Harga jualan bermula dari £126,885 (RM721,686) untuk versi coupe, sehinggalah kepada £135,575 (RM771,112) untuk versi Spyder.